Digantung Daripada Kejohanan Eropah Kerana FFP, AC Milan Akan Buat Rayuan

AC Milan telah dijatuhkan hukuman oleh UEFA kerana melanggar piawaian financial fair play (FFP).

UEFA telah mengambil tindakan berat menggantung kelab tersebut daripada pertandingan Eropah (UEL dan UCL) untuk 2 musim bermula musim baru ini mengikut kelayakan mereka dalam pertandingan tersebut.

Ini bermakna, AC Milan dilarang beraksi dalam UEL selepas mereka berhempas pulas untuk menduduki tangga ke-6 musim lalu dan memenangi slot itu.

Badan Kawalan Kewangan Kelab UEFA (CFCB) mendapati masalah itu berlaku sekitar Julai 2014 dan Jun 2017. Masalah itu timbul apabila Yonghong Li telah berhutang €300 juta untuk membeli AC Milan daripada Fininvest milik Silvio Berlusconi.

Li menafikan beliau berhutang dan memberitahu beliau ada sumber kewangan yang kuat daripada perusahaan beliau di China dan di luar negara.

Namun laporan oleh badan siasatan kewangan mendapati Yonghong Li meminjam €300 juta daripada Elliot Management di Amerika Syarikat dengan bunga sebanyak €380 juta.

AC Milan kemudian berbelanja terlalu besar untuk pemain pada awal musim 2017/18 sehingga €220 juta. Antaranya dengan membawa pemain seperti Bonucci.

Bonucci kelihatan kecewa apabila Arsenal menjaringkan gol kedua melalui Aaron Ramsey. FOTO: Daily Mail UK

Ini yang membuatkan akaun mereka tak seimbang dan defisit hampir €100 juta. Peraturan FFP menyatakan, setiap kelab perlu mengawal hutang mereka supaya tidak melebih €30 juta dalam 3 tahun kewangan kelab.

UEFA menyatakan yang AC Milan boleh mengemukakan rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

AC Milan terus memberikan respon kepada kenyataan UEFA itu dengan menegaskan mereka sudah mengarahkan peguam mereka melakukan rayuan.

Mereka juga menafikan mereka melanggar salah laku seperti didakwa UEFA dan menyatakan mereka berhak bermain di pertandingan Eropah.

AC Milan dalam kenyataan media mereka berkata:

“Selepas mengambil perhatian mengenai keputusan yang dinyatakan di atas, AC Milan telah mengarahkan pasukan undang-undangnya untuk merayu keputusan itu sebelum Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Lausanne, dengan meminta semakan segera keputusan itu.”

“AC Milan sangat mempercayai CAS dan akan mendengar hujah-hujah mereka. Buat masa ini AC Milan akan mengelak daripada mengulas isu ini sebelum timbang tara.”

Apa sudah jadi dengan pengurusan AC Milan? Selepas bercita cita besar mahu mencabara semula kejuaraan liga, mereka kemudian cuba mencbar slot UCL.

Selepas itu mereka cuba mencabar slot UEL, menggantikan Montella dengan Gatusso dek kerana aksi hambar mereka dalam beberapa perlawanan. Kini mereka dilarang pula beraksi dalam UEL.

Mampukah AC Milan mencabar kes ini dan beraksi di UEL?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN