Previu: Belgium Dan England Mahu Uji Keberkesanan Taktikal

Pengurus England, Gareth Southgate tidak mahu memikirkan soal lain buat masa ini tetapi fokus kepada Belgium.

Ramai media pro-England mulai menulis teori hipotesis bahawa tahun ini adalah tahun England dengan kempen It’s coming home. Namun Southgate tidak mahu melayan perkara mengarut seperti itu.

Hari ini England akan berhadapan dengan Belgium. Mereka tidak mahu bermain untuk sekadar melengkapkan jadual. Sesiapa sahaja yang diturunkan hari ini adalah ditugaskan untuk memenangi perlawanan.

1. Mencari juara kumpulan G

England dan Belgium akan menentukan siapa akan menjadi juara kumpulan G pada hari ini. Kedua-dua pasukan sama mengutip 6 mata dan juga jumlah gol dan bolos yang sama.

Juara kumpulan G akan berhadapan dengan tempat ke-2 kumpulan H dan naib juara kumpulan G akan berhadapan dengan juara kumpulan H. Ini adalah kedudukan semasa 2 kumpulan ini.

2. Ramuan EPL

Nak tak nak, pertemuan ini harus diakui akan melibatkan ramai pemain bintang EPL daripada keduad-dua pasukan. Romelu Lukaku, Eden Hazard, Kevin De Bruyne, Courtois, Vertonghen dan Toby Aldeweireld antara nama besar.

MOSCOW, RUSSIA – JUNE 23: Romelu Lukaku of Belgium celebrates with Eden Hazard and Dries Mertens after scoring his team’s second goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group G match between Belgium and Tunisia at Spartak Stadium on June 23, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Kevin C. Cox/Getty Images)

Mereka akan berhadapan dengan pemain-pemain England yang dilihat memiliki kualiti yang tersendiri. Lukaku dikatakan mungkin tidak akan beraksi pada hari ini kerana kecederaan buku lali.

Jadi ini adalah pertemuan pasukan pemilik liga dengan pasukan yang memiliki ramai nama besar dalam EPL.

3. Generasi emas vs generasi baru

Jika Belgium digelar masih dalam lingkungan generasi emas, England pula menggunakan generasi baru mereka dalam kejohanan kali ini.

England pastinya mahu mencalarkan sedikit mood dan imej pasukan Belgium pada pusingan awal ini.

Ianya mungkin hanya perlawanan terakhir peringkat kumpulan, namun perlawanan ini tetap penting untuk dijadikan pemanas badan pusingan kalah mati.

4. Pertarungan taktikal

2 pengurus ini akan menjadi perhatian. Martinez setakat ini berjaya membentuk taktikal yang berkesan dalam Piala Dunia kali ini meskipun dikritik dalam beberapa perlawanan sebelum tiba di sini.

Soccer Football – World Cup – Group G – Belgium vs Tunisia – Spartak Stadium, Moscow, Russia – June 23, 2018 Belgium coach Roberto Martinez looks on as Youri Tielemans prepares to come on as a substitute REUTERS/Christian Hartmann

Southgate antara pengurus yang menjadi perhatian penganalisis taktikal kerana pendekatan moden beliau dalam sistem permainan England kali ini.

Ini adalah medan ujian terbaik untuk fluiditi, kreativiti dan juga variasi dalam pasukan berbanding dengan 2 perlawanan mereka sebelum ini.

5. Pemain tumpuan

Dries Mertens membuktikan dirinya mampu keluar daripada bayangan pemain handalan lain dalam pasukan Belgium termasuk Eden Hazard dan De Bruyne.

Lupakan dahulu Harry Kane, kali ini kita bercerita tentang pemain yang menjadi pivot pasukan iaitu Jordan Henderson. Beliau jelas pemimpin yang sangat penting di tengah dalam pasukan ini.

Menjadi pemain yang memiliki kualiti menukar arah dan mengawal tempo perlawanan.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN