Cho Hyun Woo, ‘Dewa Penyelamat’ Mexico Berimej K-pop Tak Mahu Jadi Jaguh Kampung

Penjaga gol berimej artis K-pop, Cho Hyun Woo kini menjadi perhatian dunia selepas aksi cemerlang beliau bersama Korea Selatan dalam Piala Dunia 2018 meskipun pasukan Korea Selatan gagal mara ke kalah mati.

Tetapi beliau menjadi nadi penting Korea Selatan menewaskan juara dunia 2014, Jerman dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.  Ianya antara kejutan terbesar dalam sejarah Piala Dunia.

Beliau bukan sahaja membuatkan Jerman balik awal dan menamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan F. Tetapi beliau menjadi sebab kenapa Mexico mara ke kalah mati.

Beliau melakukan 6 saves dalam perlawanan menentang Jerman. Salah satu aksi terbaik dalam Piala Dunia kali ini.

Bayangkan jika Korea Selatan kalah dalam perlawanan ini dan Mexico dibelasah oleh Sweden 3-0.

Di twitter penyokong-penyokong Mexico memperingati jasa besar Cho Hyun Woo yang telah menjadi penyelamat mereka. Ini selepas aksi hambar Mexico dalam perlawanan terakhir.

https://twitter.com/SethethoPetrus1/status/1012030841340547072

Di wikipedia, penyokong Mexico menyunting ini sebagai penghargaan kepada Cho Hyun Woo:

Penjaga gol Daegu menggegar dunia

Beliau digelar penyokong Daegu FC sebagai De Gea kerana badannya yang kecil tetapi cekap di gawang gol.

Namun dalam Piala Dunia kali ini beliau mencipta nama beliau sendiri selepas De Gea tidak bergelut dengan prestasi buat masa ini.

Beliau banyak sekali berhadapan dengan percubaan pihak lawan. Di hadapan beliau tidak ada nama seperti Hummels, Godin mahupun Thiago Silva. Beliau tetap kental di belakang.

Beliau adalah pemain yang lahir daripada pembangunan Daegu FC. Membolehkan beliau mewakili skuad B-20 dan B-23 sebelum ini.

Beliau pemain yang sangat tenang dan mampu membesarkan badannya (make himself bigger) ketika berhadapan situasi 1 lawan 1. Beliau melakukan 3 saves untuk 2 perlawanan berturut-turut menentang Sweden dan Mexico.

Sukar untuk penjaga gol mengelak daripada menjadi sasaran jika melepaskan bolos dan pasukan kalah. Namun Cho Hyun Woo tidak pernah dikritik dalam 2 kekalahan itu, malah diberikan pujian.

Aksi beliau melakukan point blank save ketika diuji Marcus Berg antara yang membuatkan dunia berkata wow.

Kelab beliau, Daegu FC adalah antara kelab yang kecil di Korea Selatan. Dan Cho Hyun Woo telah membantu memperdengarkan nama ini kepada dunia.

“Saya gembira orang menyatakan saya bermain baik. Tapi bola sepak adalah permainan berpasukan. Terima kasih kepada rakan-rakan dan staf kejurulatihan yang banyak membantu saya.”

“Saya sangat berharap suatu hari nanti saya akan dapat balas jasa dan kepercayaan mereka.”

Mahu ke England

Cho Hyun Ho adalah pemain yang sangat rajin berlatih dan berhasrat untuk keluar daripada Korea Selatan dan bermain di liga utama Eropah.

Beliau tidak mahu menjadi pemain jaguh kampung. Beliau sudah menanam tekad mahu pergi bermain di Eropah selepas ini. Beliau berharap ianya dapat direalisasikan.

“Saya mahu bermain di Eropah suatu hari nanti terutama sekali England. Di sana anda akan bermain menentang penyerang-penyerang terbaik untuk menaikkan kualiti anda sebagai penjaga gol.”

Beliau pada awalnya disenaraikan sebagai penjaga gol no.2 Korea Selatan. Namun beliau berjaya merampas slot penjaga gol no.1. Ia ternyata keputusan yang tepat untuk jurulatih menurunkan beliau dalam perlawanan menentang Sweden.

Kami berharap karier Cho Hyun Woo akan lebih berjaya selepas ini. Aksi anda dalam Piala Dunia kali ini akan terus diingati sebagai antara yang ikonik.

Anda sebenarnya sudah tidak lagi menjadi jaguh kampung kerana mengukir nama di Piala Dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN