Diego Maradona Kecewa Disisihkan Dari Jadi Calon Jurulatih Argentina

Nampaknya, ada orang yang terluka.

Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona mengakui kecewa apabila dirinya disisih dari menjadi calon jurulatih untuk pasukan kebangsaan negara itu.

Menurut laman ESPN, nama Maradona tersisih dari menjadi calon jurulatih Argentina yang baharu selepas nama-nama seperti Jose Pekerman dan juga Ricardo Gareca dikaitkan dengan jawatan itu.

Selain itu, 2 nama besar seperti Mauricio Pochettino dan juga Diego Simeone turut dikaitkan dengan jawatan tersebut.

Mauricio Pochettino
LONDON, ENGLAND – APRIL 14: Mauricio Pochettino, Manager of Tottenham Hotspur looks on prior to the Premier League match between Tottenham Hotspur and Manchester City at Wembley Stadium on April 14, 2018 in London, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

“Mengenai pasukan kebangsaan Argentina, saya nak katakan yang ianya menggangu saya apabila ada wartawan yang tidak menyebut nama saya sebagai calon.”

“Sebagai contoh ketika saya lakukan rawatan gigi, saya terdengar wartawan bercerita mengenai calon-calon jurulatih Argentina yang baharu tetapi tiada nama saya disebut.”

“Saya masih ingat di permulaan bicara beliau, beliau seolah tidak menganggap saya bernilai seperti mana ketika saya bermain.”

Terdahulu, Maradona pernah menyatakan dirinya sanggup dibayar secara percuma untuk kembali melatih skuad kebangsaan.

Beliau pernah menjadi jurulatih Argentina ketika kempen Piala Dunia 2010 namun prestasi yang tidak begitu membanggakan membuatkan kontrak beliau tidak disambung selepas kejohanan.

JOHANNESBURG, SOUTH AFRICA – JUNE 12: Diego Maradona head coach of Argentina gestures to striker Lionel Messi during the 2010 FIFA World Cup South Africa Group B match between Argentina and Nigeria at Ellis Park Stadium on June 12, 2010 in Johannesburg, South Africa. (Photo by Ezra Shaw/Getty Images)

Buat masa ini, skuad Argentina akan dilatih oleh Lionel Scaloni dan juga Pablo Aimar untuk siri perlawanan persahabatan menentang Guatemala dan juga Colombia.

2 individu tersebut akan menjaga skuad Argentina sementara pencarian jurulatih baharu sedang giat dijalankan.

Argentina memecat Jorge Sampaoli selepas prestasi buruk di Piala Dunia 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN