Quantcast

BERITA

Douglas Costa Kagum Dengan Disiplin Cristiano Ronaldo Ketika Latihan

Douglas Costa jelas kagum dengan rakan sepasukan baharu beliau di Juventus iaitu Cristiano Ronaldo.

Ronaldo yang menyertai juara Serie A musim lalu itu pada musim panas ini telah pun menyertai latihan bersama pasukan tersebut selepas cuti dari tugas Piala Dunia.

Menurut laman Sport Bible, Costa nyata kagum dengan disiplin yang ditunjukkan oleh Ronaldo ketika menjalani sesi latihan.

Gambar: Juventus

Kata Costa, beliau jelas tidak mampu untuk mengikut tahap disiplin seperti yang dimiliki oleh Ronaldo.

“Ianya cukup mustahil untuk kita mengikuti Cristiano Ronaldo ketika latihan.”

“Apabila kami sampai, beliau sudah berada di tempat latihan. Bila kami pulang, beliau masih lagi menjalani latihan.”

“Saya tak pernah nampak pemain seperti beliau.”

Gambar: Juventus

Tambah Costa lagi, tindakan Ronaldo itu diibaratkan seperti seorang manusia gila yang tidak berhenti berlatih.

Disiplin yang ditunjukkan oleh Ronaldo itu bukanlah satu perkara baharu.

Hasil dari kerajinan beliau di padang latihan, membolehkan dirinya kini mempunyai kecergasan dan badan seperti seorang pemuda berusia 23 tahun!

Walaupun kini berusia 33 tahun, namun Ronaldo mempunyai hanya 7% lemak sahaja dalam badannya dan jisim otot sebanyak 50%.

Hal ini boleh dikatakan Ronaldo sebagai pemain bola sepak paling cergas di dunia ketika ini.

Ronaldo menyertai Juventus dengan nilai perpindahan £100 juta dari Real Madrid untuk menamatkan karier 9 tahun beliau di sana.

Beliau menandatangani kontrak selama 4 tahun bersama kelab Itali itu.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!