Hormati Mourinho, Jadikan Alderweireld Pilihan No.1- Ferdinand

Manchester United harus mengutamakan pembelian Toby Alderweireld berbanding pemain pertahanan Leicester City, Harry Maguire.

Itu pendapat bekas pertahanan tengah Red Devils, Rio Ferdinand yang turut menekankan mengapa pasukan itu harus memanfaatkan kebolehan Paul Pogba.

Kelab Manchester itu bergelut mengejar masa untuk mendapatkan seorang pemain pertahanan tengah menjelang tarikh tutup jendela perpindahan pada Khamis ini.

(Photo by TF-Images/Getty Images)

Beberapa nama turut dilaporkan berada di dalam radar Jose Mourinho dan Manchester United untuk mengisi posisi tersebut.

Pemain antarabangsa Belgium, Alderweireld dikatakan menjadi pilihan utama Mourinho, dengan laporan dari Goal semalam berkata persetujuan mengenai nilai perpindahan telah dicapai. Dan ia adalah pilihan yang turut disokong oleh Ferdinand.

Dalam laporan berasingan bekas pemain pertahanan England itu berkata:

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JULY 14: Harry Maguire of England wins a header from Toby Alderweireld of Belgium during the 2018 FIFA World Cup Russia 3rd Place Playoff match between Belgium and England at Saint Petersburg Stadium on July 14, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Fred Lee/Getty Images)

“Harry Maguire beraksi cemerland di Piala Dunia yang lalu. Tetapi di kalangan pemain yang menjadi sasaran, beliau bukan pilihan pertama saya.”

“Sudah pasti saya akan memilih Alderweireld kerana corak permainannya sesuai dengan gaya permainan di Manchester United.”

“Tetapi pasukan ini memerlukan lebih dari seorang pemain pertahanan yang berkualiti untuk kembali digeruni.”

“Untuk itu, anda harus menghormati sejarah pencapaian Mourinho dan trofi yang beliau telah menangi.”

(Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

“Adakah saya berpendapat Mourinho akan terus kekal bersama Manchester United pada musim seterusnya? Saya harap ianya sedemikian. Kerana ia bermaksud Manchester United telah berjaya, dan telah memenangi trofi kejuaraan.”

“Saya tidak akan menidakkan kebolehan Mourinho. Beliau telah memenangi 20 trofi sebagai pengurus.”

“Beliau tahu cara untuk membangkitkan kembali keyakinan sesebuah pasukan dengan suntikan mentaliti luar biasa. Dan ia memerlukan kepakaran dari Mourinho untuk mewujudkan suasana seolah-olah seluruh dunia menentang Manchester United sebelum pasukan ini kembali digeruni.”

“Tetapi improvasi dari segi pembelian pemain bukan pemangkin sebenar kepada Manchester United untuk kembali digeruni. Pengurus bertanggungjawab sepenuhnya untuk tahap yang perlu dicapai oleh sesebuah pasukan.”

(Photo credit should read IAN KINGTON/AFP/Getty Images)

“Jelas sekali ada beberapa isu besar yang perlu ditangani segera oleh Mourinho di dalam kem United,” jelas Ferdinand secara panjang lebar.

Salah satu isu dan cabaran buat Mourinho ialah untuk meyakinkan Pogba untuk kekal di Old Trafford, dan kemudian mencari kaedah agar prestasi bersama Perancis di Piala Dunia turut boleh ditonjolkan bersama Manchester United.

“Mourinho harus mencari penyelesaian agar Paul Pogba mampu beraksi bersama United sepertimana prestasi pemain itu ketika bersama Perancis di Piala Dunia.”

“Mourinho mempunyai barisan pemain yang berbakat besar. Kita tidak boleh menafikan itu. Namun apakah kaedah terbaik untuk pemain-pemain ini menampilkan kebolehan sebenar mereka untuk United? Mourinho bertanggungjawab merungkai persoalan itu.”

“Ia adalah cabaran yang besar untuk Manchester United memenangi kejuaraan liga pada musim ini. Tetapi saya tidak terkejut jika mereka menekankan kemaraan di pertandingan UEFA Champions League (UCL) pada musim akan datang,” kata Ferdinand.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN