Musim Telah Berakhir, Diego Costa Digantung 8 Perlawanan Liga

Kini, semuanya sudah pun berakhir.

Penyerang berbisa Atletico Madrid, Diego Costa kini sudah dipatrikan nasibnya untuk baki saingan musim ini.

Menurut laporan ESPN, Costa telah pun dijatuhkan hukuman gantung 8 perlawanan selepas insiden panas ketika aksi menentang Barcelona tempoh hari.

Dalam insiden tersebut, Costa telah dilayangkan kad merah selepas memaki hamun pengadil, Jesus Gil Manzano pada minit ke-28.

Dengan terjatuhnya hukuman itu, Costa tidak akan bermain lagi sebarang perlawanan La Liga buat Atletico Madrid pada musim ini.

Lebih memilukan, La Liga sudah memasuki perlawanan ke-31. Maka dengan itu, hanya 7 perlawanan sahaja yang Costa terpaksa harungi dalam tempoh pergantungan.

Baki 1 perlawanan akan dibawa ke musim hadapan pada aksi pembukaan 2019/2020.

Hukuman pergantungan 8 perlawanan Costa itu merupakan denda berganda yang telah ditetapkan.

Costa dikenakan pergantungan 4 perlawanan kerana memaki pengadil, dan tambahan 4 lagi kerana melakukan sentuhan fizikal kepada Manzano.

Selain Costa, Atletico Madrid juga telah pun didenda atas insiden yang terjadi.

Namun begitu, Costa telah diberikan tempoh untuk merayu agar hukumannya dikurangkan.

Jika dilihat, hukuman ini boleh dikatakan dengan setimpal dengan karektor Costa yang dianggap sebagai panas baran di dalam padang.

Ianya mungkin terlalu kejam pada sudut pandang Atletico Madrid dan Costa sendiri, namun ianya mesej jelas untuk pemain lain untuk lebih menghormati pengadil walaupun mereka tidak bersetuju dengan keputusan yang diberikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN