Kejayaan Lionel Messi merangkul gelaran Ballon d’Or sebanyak lima kali telah membuatkan beliau dianggap sebagai lagenda bolasepak di abad ini.
Bersama seterunya, Cristiano Ronaldo, kedua-dua pemain ini sering menimbulkan perdebatan diantara penyokong tentang siapakah yang terbaik diantara mereka berdua.
Namun terdapat pendapat yang membandingkan duo tersebut dengan kehebatan Pele dan Maradona di era kegemilangan dua legenda terbilang itu.
Sama seperti Ronaldo, Messi juga sudah berjaya memperoleh banyak trofi kejuaraan bersama kelab yang disertai.
Itu belum termasuk lagi dengan rekod-rekod baru yang telah berjaya diciptakannya.
Akan tetapi, beberapa personaliti bolasepak beranggapan bahawa Messi dan Ronaldo masih belum layak untuk dilabelkan sebagai pemain terbaik dunia sepanjang zaman.
Hal ini kerana kedua-dua pemain yang beraksi di La Liga itu masih gagal memperoleh trofi Piala Dunia bersama negara masing-masing.
Didier Drogba merupakan antara individu yang bersetuju dengan pandangan tersebut.
Bekas penyerang Chelsea itu yang ditemubual oleh Express sebagai berkata:
“Memenangi trofi Piala Dunia adalah impian bagi semua pemain. Jika dia (Messi) berjaya melakukannya, maka ketika itu beliau baru boleh diangkat sebagai legenda setaraf Pele dan Maradona.”
“Messi harus berehat sekarang (Barcelona) dan tumpukan kepada banyak hal untuk mengejar impian kariernya sebagai pemain bolasepak.” ujar Drogba.
“Dia (Messi) seorang pemain yang hebat, lebih hebat jika berjaya memperoleh trofi kegemilangan tersebut, Messi belum sampai tahap Pele dan Maradona. Tetapi jurang itu tidaklah terlalu jauh.”
Lionel Messi hampir berjaya merealisasikan impianya merangkul trofi berprestij itu selepas berjaya membantu pasukan negaranya, Argentina melangkah ke pentas akhir kejohanan Piala Dunia di Brazil pada tahun 2014 sebelum tewas 1-0 keatas Jerman.