Didier Deschamps: Paul Pogba Tak Gembira Di Manchester United

Paul Pogba

Pengurus skuad kebangsaan Perancis, Didier Deschamps merasakan pemain tengah, Paul Pogba berada dalam keadaan tidak gembira jika melihatkan kepada perkembangan terkini pemain tersebut di Manchester United.

Pogba yang masih bergelut dengan isu kecergasan selepas pulih daripada kecederaan hanya mampu beraksi 90 minit pada perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 ketika bertemu Tottenham Hotspur dan Arsenal.

Kedua-dua perlawanan yang berlangsung di Old Trafford itu juga menyaksikan The Red Devils mengalami kekalahan sekali gus pada ketika ini meletakkan kelab tersebut di tangga ke-14 dengan hanya mengumpul 10 mata.

Prestasi yang ditampilkan pemain berusia 27 tahun itu juga begitu tenggelam pada kempen EPL apabila tiada sebarang jaringan dan bantuan gol dapat dihasilkannya selepas beraksi tujuh perlawanan.

Keadaan itu menyebabkan Deschamps beranggapan Pogba kini tidak berada pada situasi yang terbaik dalam kariernya.

”Saya tidak ada nasihat untuk diberikan kepadanya,” ujar pemenang Piala Dunia sebagai pemain dan pengurus pasukan itu menurut laporan Goal.

”Dia amat mengenali kumpulannya [rakan sepasukan] dengan amat baik. Sudah lama dia beraksi dengan kelab tersebut.”

”Dia berada dalam situasi di Manchester United yang mana dia tidak berpuas hati dengan minit perlawanan dan posisinya. Dia tidak berada pada tempoh yang terbaik pada ketika ini.”

”Satu demi satu kecederaan dialami dan kemudiannya positif COVID-19 yang memberikan tamparan hebat buatnya. Dia perlu untuk mencari beberapa rentak.”

”Bulan lalu permainannya sangat baik dan konsisten walaupun [Pogba] tidak begitu pantas. Dia bermain sejak daripada itu, tetapi anda tidak boleh katakan dia berada dalam keadaan gembira.”

”Bersama saya, tiada masalah. Saya akan memastikan untuk menguruskannya dengan baik. Ia bukanlah situasi yang mudah buat seorang pemain.”

”Saya bercakap dengannya. Dia telah memberitahu beberapa perkara, apa yang dirasainya dan saya juga memberitahu kepadanya apa yang saya nampak dan rasakan,” tambah Deschamps lagi.

Kredit featured image: Frederic Stevens/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Paul Pogba:

Paul Pogba Antara Pemain EPL Yang Disahkan Positif

Eduardo Camavinga: Paul Pogba Sumber Inspirasi Saya

Paul Pogba: Impian Semua Pemain Bola Sepak Nak Sertai Real Madrid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN