Gagal Sempurnakan Tiga Sepakan Penalti, Zlatan Ibrahimovic Serahkan Tugas Kepada Franck Kessie

Zlatan Ibrahimovic

Zlatan Ibrahimovic nampaknya sudah mula berputus asa untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengambil sepakan penalti buat AC Milan selepas beliau gagal menyempurnakan tiga daripada lima sepakan yang diambilnya pada musim ini.

Tiga sepakan yang gagal disempurnakan penyerang berusia 39 tahun itu hadir pada perlawanan bertemu Hellas Verona, Inter Milan dan aksi Liga Europa bertemu Sparta Prague.

Keadaan itu membuatkan Ibrahimovic kelihatan enggan mengambil sepakan tersebut lagi dan mahu memberikan tanggungjawab itu kepada rakan sepasukan yang merupakan pemain kelahiran Ivory Coast, Franck Kessie.

‘”Saya sangat marah kerana keputusan seri yang dicatatkan hari ini [semalam] tidak cukup bagus buat kami,” ujar Ibrahimovic menurut laporan Goal.

”Kami telah mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol, saya juga telah terlepas peluang bagi menyempurnakan sepakan penalti.”

”Saya merasakan saya perlu meninggalkannya [tugasan mengambil sepakan penalti] untuk berikan tanggungjawab kepada Kessie. Saya rasa itu lebih baik.”

”Kami dibolosi dua jaringan, berjaya bangkit dengan dua jaringan, kami menuju ke hadapan dan paling penting ialah kami tidak kehilangan keyakinan [ketika ketinggalan].”

”Melihatkan kepada carta liga pada ketika ini, kami mahu untuk memenangi setiap perlawanan yang dihadapi,” tambah Ibrahimovic lagi.

Meskipun gagal menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan awal pagi semalam, Ibrahimovic bagaimanapun muncul wira buat AC Milan apabila jaringannya pada masa kecederaan berjaya menyelamatkan Rossoneri daripada menerima kekalahan pertama dalam kempen Serie A musim ini.

Beliau juga telah menjaringkan gol pada setiap kali beliau diturunkan dalam saingan liga setelah menyumbat lapan gol dalam lima perlawanan dihadapinya sekali gus menjadikan beliau sebagai penjaring terbanyak pada ketika ini. Cristiano Ronaldo dan Andrea Belotti berada di tempat kedua dengan enam gol.

Kredit featured image: Alessandro Sabattini/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Zlatan Ibrahimovic:

Serie A ‘Hidup Semula’ Kerana Zlatan Ibrahimovic, Bukan Ronaldo

Ibrahimovic: Jika Anda Bukan Zlatan, Gunakan Akal

Serie A 2020/21: Tandukan Zlatan Ibrahimovic Selamatkan Rekod Tanpa Kalah AC Milan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN