‘Dianggap Menghina Onana’ – Garnacho Bakal Berdepan Hukuman Berat

Alejandro Garnacho berpotensi untuk dihukum oleh FA atas muat naik beliau di media sosial yang dianggap telah menghina rakan sepasukannya, Andre Onana.

Muat naik Garnacho yang menunjukkan gambar Onana berserta emoji dua ekor Gorilla sepertinya bakal membawa beliau kepada masalah besar.

Garnacho memuat naik status di laman X yang dahulunya dikenali sebagai Twitter dan muat naik itu dikatakan bagi memberi penghargaan dan penghormatan kepada rakan sepasukannya.

Beliau memuat naik status itu untuk memuji Onana yang muncul selaku wira Man United ketika mereka menewaskan Copenhagen dalam aksi saingan Champions League sebelum ini.

Muat naik tersebut ketika ini sudah dipadam oleh Garnacho kerana ianya seperti mengundang masalah besar untuk beliau sendiri.

Walau bagaimanapun, pihak FA dilaporkan sudah menghubungi bintang berusia 19 tahun itu dengan Garnacho kini sedang disiasat dan berpotensi untuk dihukum.

Jelas sekali emoji Gorilla pada gambar Onana dianggap sebagai satu hinaan berunsur perkauman dan Garnacho sendiri mungkin hanya sedar selepas beliau memuat naik status tersebut.

Dek kerana melakukan kesalahan melibatkan isu perkauman, Garnacho berpotensi untuk berdepan hukuman penggantungan dan mungkin juga hukuman denda.

Pihak FA dilaporkan mendakwa Garnacho atas kesalahan melanggar peraturan melibatkan media sosial yang mana beliau memuat naik status berunsur perkauman yang sensitif.

Andre Onana sendiri sementara itu telah tampil untuk mempertahankan rakan sepasukannya dengan beliau menegaskan agar hal tersebut tidak perlu diperpanjangkan.

Sukar sebenarnya untuk Garnacho tidak dihukum walau Onana sendiri tidak kisah tentang hal tersebut, kerana isu melibatkan perkauman merupakan isu yang sangat sensitif.

Sebelum ini, bekas pemain penyerang Manchester United, Edinson Cavani pernah dihukum penggantungan tiga perlawanan dan denda £100,000 selepas memuat naik status yang dianggap berunsur perkauman.

Walau dalam bahasa Sepanyol maksud perkataan itu tidak seperti yang difikirkan, namun pihak FA tetap tidak menerima perkara tersebut dan menghukum bintang Uruguay itu.

Selain itu, pada November 2019 yang lalu, bintang Manchester City, Benardo Silva turut pernah didenda £50,000 bersama hukuman penggantungan satu perlawanan kerana melanggar peraturan sama oleh FA.

Hal itu berlaku selepas pemain midfield itu memuat naik status mengusik bekas rakan sepasukannya, Benjamin Mendy dan usikan beliau itu dikatakan berunsur perkauman.

Mendy sendiri ketika itu turut tampil mempertahankan Benardo dengan beliau menganggap gurauan rakannya itu hanya gurauan biasa dan beliau tidak ada masalah.

Garnacho berpotensi untuk berdepan hukuman denda atau penggantungan dan sepertinya beliau mungkin akan berdepan nasib sama seperti Benardo Silva dan Cavani kerana kesalahan yang dilakukan oleh mereka sepertinya hampir sama melibatkan media sosial.

Dan mungkin hukuman beliau akan diringankan sedikit oleh pihak FA kerana Onana sendiri sudah tampil mempertahankan beliau sama seperti Silva yang hukumannya lebih ringan berbanding Cavani kerana beliau dipertahankan oleh rakan sepasukannya.

Jika Silva sebelum ini dipertahankan oleh Mendy, Garnacho pula telah dipertahankan oleh rakan sepasukannya Onana.

Onana mempertahankan Garnacho dengan memuat naik status menyatakan:

“Orang tak boleh pilih apa perkara yang boleh buat saya terasa hati.”

Tulis Onana di laman media sosial miliknya.

“Saya sangat tahu apa yang Garnacho maksudkan, ia adalah gagah dan kekuatan. Hal macam ini tak sepatutnya diperpanjangkan.”

Adakah Garnacho akan tetap dihukum oleh pihak FA walau beliau merasakan muat naiknya itu tiada masalah dan Onana sendiri turut faham dengan maksudnya sebalik muat naik itu? Atau beliau akan dimaafkan? Bincangkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN