‘Dia Boleh Keluar’ – Respon Guardiola Selepas Sane Tolak Kontrak Baharu

Pep Guardiola Leroy Sane

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengesahkan Leroy Sane telah menolak tawaran untuk menandatangani kontrak baharu dan mungkin akan meninggalkan pasukan dalam masa terdekat.

“Leroy telah menolak untuk memanjangkan kontraknya di sini. Mungkin semua orang sudah tahu. Jika hujung musim ini kedua-dua pasukan bersetuju [dengan harga perpindahan], dia boleh pergi, jika tidak dia akan terus kekal di sini sehingga kontraknya tamat.

“Pihak kelab telah menawarkan [kontrak baharu] dua atau tiga kali, tetapi Sane telah menolaknya,” ujar Guardiola dalam sidang media menjelang perlawanan menentang Burnley.

Kontrak semasa Sane akan tamat pada musim panas 2021 dan laporan media kerap mengaitkan perpindahan pemain sayap Jerman itu ke kelab Bundesliga, Bayern Munich.

“Sudah tentu saya kecewa, apabila kami membuat tawaran kepada seseorang pemain, tentulah sebab kami mahu dia terus bermain di sini,” kata pengendali warga Sepanyol itu.

“Dia ada kualiti yang istimewa dan sukar untuk dicari. Kami telah cuba [memanjangkan kontraknya] sebelum dia mengalami kecederaan lagi, tetapi sekarang ini dia sudah ada perancangan lain. Kami mahu pemain yang boleh bermain untuk kelab ini dan mencapai sasaran.

“Apa pun, kami hormati keputusannya. Dia adalah pemain yang istimewa, saya memang menyayanginya, tiada sebab untuk saya menentang keputusannya kerana dia mahukan cabaran baharu. Jadi kami akan bantunya sehingga hari terakhir dia di sini.”

Sane menyertai City dari Schalke pada Ogos 2016 dengan nilai perpindahan yang dianggarkan kira-kira £37 juta (RM195 juta) dengan beberapa bonus tambahan.

Beliau merupakan anggota skuad City yang menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) pada tahun 2018 dan 2019 dan telah menjaringkan 25 gol dalam 89 perlawanan.

Tetapi pemain berusia 24 tahun itu tidak membuat sebarang penampilan pada musim ini selepas dilanda kecederaan lutut pada ketika perlawanan Piala Perisai Komuniti menentang Liverpool pada Ogos lalu.

Namun beliau mungkin berpeluang untuk kembali beraksi sebelum musim ini berakhir selepas saingan EPL tertangguh selama tiga bulan ekoran pendemik.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Leroy Sane dan Manchester City:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN