Pasukan bimbingan Frank Lampard – Derby County berjaya menempah slot ke perlawanan akhir play-off EPL yang akan dilangsungkan di Wembley.
Derby County akan berhadapan dengan Aston Villa selepas menyingkirkan pasukan Leeds – yang dibimbing oleh Marcelo Bielsa.
Perlawanan ini sememangnya ada aura tersendiri selepas perbalahan di antara Lampard dan Bielsa beberapa bulan lalu kerana insiden spygate.
Leeds mendahului pada minit ke-23 menerusi Stuart Dallas yang melakukan susulan sebaik sahaja sepakan percuma Kalvin Phillips terkena tiang.
Jack Marriot menyamakan kedudukan dalam keadaan pergelutan yang depan kotak penalti. Derby County mengurangkan defisit pada agregat sebelum wisel rehat separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua pasukan Derby County melakukan kebangkitan. Gandingan pemain pinjaman dari Chelsea dan Liverpool iaitu Mason Mount Dan Harry Wilson membuahkan hasil. Mount menyempurnakan hantaran Harry Wilson pada minit ke-46.
Dan pada minit ke-58, Harry Wilson menambah 1 lagi gol buat Derby County.
Namun Leeds kembali mengikat kedudukan secara agregat pada minit ke-62 menerusi gol Stuart Dallas.
Ketika perlawanan berbaki 5 minit lagi, Jack Marriot menjaringkan gol kemenangan dan membawa Derby County ke final play off EPL. Marriot dengan tenang melakukan cip melepasi Kiko Cassila.
Derby County menang 4-3 secara agregate. Mereka selangkah sahaja lagi menuju ke EPL.