Penganalisis ESPN Ini Anggap Liverpool Kelab Terbaik Untuk Griezmann

Penganalisis dan pundit bola sepak untuk siaran ESPN, Craig Burley berpendapat Liverpool adalah kelab terbaik untuk Antonio Griezmann.

Bercakap kepada ESPN FC, Burley percaya Griezmann mampu memberi impak positif di Anfield.

Menurutnya, kehadiran Griezmann dapat menguatkan lagi jentera serangan Liverpool – dalam misi kelab itu untuk memburu kejuaraan trofi dimasa akan datang.

“Saya benar-benar berfikir bahawa Liverpool akan menjadi pilihan yang bagus untuk Griezmann pergi pada musim panas ini.”

“Liverpool adalah pasukan yang hebat buat masa ini, dan dia [Griezmann] boleh membantu [Roberto] Firmino.”

“Liverpool adalah kelab besar yang sedang berjuang untuk merebut gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), bersaing bersama Manchester City, dan telah dua kali ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara.”

Tambah Burley, “Anda hanya bercakap tentang betapa bagusnya Griezmann apabila bergandingan bersama Messi di Barcelona, ​​tetapi bagaimana pula jika di Liverpool?”

(Photo by TF-Images/TF-Images via Getty Images)

“Lihatlah sekarang, Liverpool amat memerlukan lebih banyak kekuatan di bahagian serangan (squad depth). Griezman adalah kekuatan yang diperlukan oleh Liverpool.”

Manchester United

Dua hari lalu, Atletico Madrid telah mengumumkan bahawa Griezmann akan meninggalkan kelab itu pada penamat musim ini.

Soal kemanakah hala tuju pemenang Piala Dunia 2018 itu selepas ini masih menjadi teka teki.

Barcelona adalah pasukan pilihan untuk mendapatkan Griezmann. Manchester United juga turut dikaitkan dengan Griezmann sejak beberapa musim lalu. Namun polisi terkini pembelian pemain oleh kelab Manchester tersebut tidak memungkinkan beliau ke Old Trafford.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Mengenai kemungkinan untuk Griezmann ke Liverpool, Burley berkata:

Burley berkata, “Saya tidak tahu jika mereka [Liverpool] mempunyai cukup wang untuk melakukannya [perpindahan].

Musim lalu, Liverpool sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan penjaga gol Alison Becker dan pemain pertahanan, Virgil van Dijk dengan nilai rekod dunia untuk seorang pemain pertahanan.

Walaupun demikian, sukar untuk melihat Liverpool sanggup berbelanja melebihi angka £100 juta untuk seorang pemain bintang.

Leave a Reply