Bekas penyerang Chelsea, Demba Ba menyeru komuniti bola sepak di seluruh dunia untuk bersuara dan menentang penindasan kerajaan China terhadap etnik Uighur dengan apa cara sekalipun.
“Kempen ‘Black Lives Matter’ menjadi semakin kuat apabila mereka yang tidak berkulit hitam juga menyokong usaha tersebut,” kata Ba ketika ditemubual BBC Sport.
“Jadi bila kita akan lihat seluruh dunia bersatu menentang penindasan terhadap Muslim?”
Menurut sumber, lebih sejuta orang masyarakat Muslim Uighur kini ditahan tanpa bicara di penjara disebabkan pegangan dan kepercayaan mereka.
"When are we going to see the rest of the world stand up for Muslims?"
— BBC Sport (@BBCSport) August 19, 2020
Demba Ba has called on football to condemn China's treatment of Uighur Muslims https://t.co/JRqdtFz3Wk pic.twitter.com/CGD3iArYNo
Kerajaan China juga didakwa memisahkan kanak-kanak Uighur daripada ibu bapa mereka dan memaksa golongan wanita untuk dimandulkan.
Beberapa gambar dan rakaman video yang dirakam menunjukkan tahanan Uigher yang kononnya menjalani latihan telah ditularkan dan sebuah dokumen yang bocor mendedahkan mereka yang ditahan dikenakan pelbagai jenis tindakan disiplin dan hukuman.
Malah seorang bekas tahanan juga mendakwa mereka telah diseksa sepanjang berada di dalam kem tersebut. Namun China tegas menafikan kewujudan kem tersebut dan mendakwa ianya hanya sebuah pusat sukarelawan untuk latihan anti-keganasan.
“Saya perlu cuba untuk menganjurkan sesuatu supaya pemain bola sepak dapat bersama-sama menyokong usaha ini. Apa yang penting perkara ini perlu diperjuangkan kerana bukan semua orang berani menyuarakannya,” kata Ba yang pernah beraksi bersama tiga kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).
"…he is in the kind of transition center, or temporary detention center.”
— NTD News (@NTDNews) August 10, 2020
A young #Uighur man in China's #Xinjiang disappeared after publishing a video, showing himself handcuffed to a bed, with his ankle swollen and wearing dirty clothes.
Watch 👉 https://t.co/F7auzKYqme pic.twitter.com/ZnOtJpOCk7
“Saya yakin, pemain bola sepak di luar sana akan berjuang untuk menegakkan keadilan tidak kira sama ada mereka Muslim, Buddha, Kristian atau apa sahaja kepercayaan.
“Sebagai ahli sukan, kita mempunyai kuasa dan pengaruh yang mungkin kita tidak sedar. Jika kita bersama-sama bersatu dan bersuara, keadaan akan berubah. Jika kita bangkit, orang ramai akan bersama menyokong kita.”
EPL merupakan salah satu liga yang paling awal mengambil inisiatif menzahirkan sokongan mereka kepada kempen menyokong keadilan untuk semua kaum dan warna kulit ekoran kematihan George Floyd ketika sedang ditahan oleh pihak polis di Amerika Syarikat (AS).
Semya pemain setiap kelab diwajibkan untuk melutut dan mengangkat sebelah tangan sebelum sepak mula sementara dalam perlwanan pertama selepas penangguhan liga, nama pemain di jersi ditukar kepada slogan ‘Black Lives Matter’.
Ba bukanlah pemain bola sepak pertama yang bersuara mengenai isu penindasan etnik Uighur secara terbuka. Pemain Arsenal, Mesut Ozil sebelum ini juga pernah meluahkan perkara sama di media sosial dan menyeru solidariti daripada umat Islam di seluruh dunia.
https://twitter.com/punjabixsam/status/1205921483702374401?s=20
Ozil kemudiannya mendapat kecaman daripada rakyat China dan stesen televisyen di negara tersebut bertindak membatalkan siaran langsung perlawanan di antara Arsenal dan Manchester City sebagai protes kepada kenyataan pemain Jerman tersebut.
Pemenang Piala Dunia 2014 itu yang mendapat tajaan Adidas juga menyaksikan kontraknya tidak disambung oleh pengeluar pakaian sukan terkemuka berkenaan baru-baru ini.
China merupakan ‘pelanggan’ utama EPL yang memberikan keuntungan besar di mana hak penyiaran liga paling popular di dunia di negara tersebut bernilai £564 juta (RM3.1 bilion).
Ditamatkan Penajaan Bersama Adidas, Ozil Fokus Jenama Sendiri https://t.co/nCXQM7joTl pic.twitter.com/MEBlxPe1av
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 4, 2020
Ba percaya pemain-pemain bola sepak telah dipaksa dan ditekan untuk terus mendiamkan diri mengenai isu melibatkan etnik Uighur.
“Jika ada risiko kewangan kepada kempen ‘Black Lives Matter’, ia juga tak akan berlaku,” tambahnya lagi.
“Arsenal hanya berani bersuara mengenai Black Lives Matter, tetapi berdiam diri terhadap nyawa masyarakat Uighur. Mereka tidak mahu bercakap mengenainya disebabkan menerima tekanan dan impak ekonomi.
“Apabila ada kepentingan kewangan, segelintir orang memilih untuk memejam mata mereka. Ini bukti wang lebih bernilai daripada nilai moral yang sebenar.
English Premier League team Arsenal faces backlash in China, 1 of the league’s biggest markets after midfielder Mesut Ozil condemned the country’s treatment of Uighur Muslims which reportedly prompted local soccer fans to burn their team shirts in protest https://t.co/rH8P01GjVL pic.twitter.com/oHDMLDRkvh
— Forbes (@Forbes) December 16, 2019
“Saya yakin kelab-kelab ini telah memberi amaran kepada pemain mereka supaya tidak terlibat dalam memberikan sokongan [kepada Uighur], tetapi sampai bila kamu boleh terus mendiamkan diri melihat penindasan di hadapan mata kamu sendiri?”
Demba Ba yang sudah berusia 35 tahun kini bermain untuk juara Turki, Istanbul Basaksehir, tetapi beliau pernah beraksi selama tiga tahun di Liga Super China bersama Shanghai Shenhua sebelum meninggalkan kelab tersebut pada Januari 2019.
Pemain antarabangsa Senegal berkenaan juga mendedahkan bekas kelabnya itu telah dihubungi oleh pihak berkuasa China setelah beliau mula bersuara mengenai penindasan etnik Uighur di media sosial.
Tindakan Ba itu turut disokong oleh Pertubuhan Muslim Britain yang berharap pihak EPL tidak bersikap selektif dalam menyokong kempen anti-diskriminasi.
Demba Ba allegedly suffers racial abuse in Chinese Super League clash leaving his Shanghai Shenhua coach fuming https://t.co/2u6LJNekQJ pic.twitter.com/IfA4woWmdq
— Mail Sport (@MailSport) August 5, 2018
“Tiada keraguan tentang nasib masyarakat muslim Uighur yang berdepan dengan pembersihan etnik oleh kerajaan China disebabkan pegangan agama mereka,” kata jurucakap badan tersebut.
“EPL membenarkan perkataan Black Lives Matter tertera di belakang jersi pemain. Liga Jerman pula membenarkan pemain memakai lilitan lengan Black Lives Matter ketika perlawanan sebagai solidarity kepada kempen tersebut. Ianya benda yang betul.
“Tetapi kenapa mereka tidak mempertimbangkan untuk turut sama menunjukkan penentangan terhadap penindasan etnik di China? Malah terus berpura-pura dan berdiam diri kononnya mengambil pendirian bersifat neutral sedangkan kezaliman jelas berlaku.”
Baca juga artikel kami yang lain: