Dechi Marcel Penuhi Jangkaan Awal Penyokong Kedah

Kedah kini sedang giat mempersiapkan pasukan mereka dengan semua pemain telah menyertai kem latihan selain beberapa perlawanan persahabatan telah pun dibuat untuk mencari kesefahaman antara pemain.

Semalam merupakan perlawanan pertama buat Kedah yang menjadi antara pasukan menyertai kejohanan SMJ Cup di Sabah dan aksi Dechi Marcel antara yang paling mencuri tumpuan para penyokong pasukan ini.

Marcel yang beraksi di posisi tengah masuk menggantikan Fadzrul Danel pada minit-37 semalam berjaya mempamerkan rentak aksi yang sangat memberansangkan ketika menentang Sarawak United.

Tugas beliau selaku pemain tengah dilihat berjaya menjalankan tugas dengan baik apabila sentiasa membuka ruang buat rakan sepasukan serta pantas meneutralkan segala bentuk ancaman lawan.

Dalam aksi semalam juga Marcel berjaya menjaringkan gol terakhir perlawanan dan bantuan gol sebelum itu untuk disudahkan oleh pemain sayap berbakat, Fayadh Zulkifli.

Sebelum ini aksi beliau yang mewakili Terengganu juga berjaya mendapat reaksi positif penyokong kerana kerajinan beliau yang sentiasa bergerak serata padang dan gaya permainan seakan bintang EPL, N’golo Kante.

Pemain kelahiran Ivory Coast ini mula menyertai Liga Malaysia dengan mewakili UiTM FC pada tahun 2017 hingga 2018 sebelum dipinang Terengganu pada tahun seterusnya untuk terus melebarkan sayap.

Kini beliau terus melangkah lebih jauh apabila menyertai Kedah dan bakal menjadi watak penting untuk membantu skuad ini dalam kempen Piala AFC bersama-sama pemain lain.

Selain Marcel, Kedah juga berjaya mendapatkan empat lagi import baharu iaitu Dennis Buschening dalam slot Asean, Jang Suk Won yang mengisi slot Asia, Marc Vales, dan Ronald Ngah yang mengambil slot import antarabangsa.

Marcel dilihat menepati kriteria yang diperlukan Kedah setelah pasukan ini kehilangan khidmat maestro, Liridon Krasniqi dan bergelut di bahagian kreativiti tengah dengan bergantung kepada bekas pemain, Baddrol Bakhtiar.

Nama import seperti Amin Nazari, Anmar Almubarakki, Anumathan Kumar, dan Rabih Ataya gagal untuk memenuhi piawaian yang diinginkan skuad kendalian Aidil Sharin ini dan menjadi antara titik kelemahan Kedah sejak beberapa musim.

Marcel dan rakan sepasukan akan berdepan Kelantan pada perlawanan seterusnya dalam saingan SMJ Cup pada 15 Februari ini dan lawan terakhir mereka adalah Sabah pada 18 haribulan yang akan disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi Sabah secara berbayar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN