Debut Safawi Bersama Skuad B-23 Portimonense SC, Mungkin Tiada Kelibatnya Malam Nanti

Safawi Rasid Portimonense SC Liga Revelacao

Lewat malam tadi, bintang sensasi negara, Safawi Rasid mendapat debut bersama skuad B-23 Portimonense SC ketika tunduk 1-3 kepada Sporting CP di halaman sendiri dan ini petanda yang tiada kelibatnya untuk aksi Primeira Liga, malam nanti.

Skuad utama Portimonense SC pula akan turun berdepan kelab yang berada di kedudukan kelima liga, CS Maritimo di tempat lawan. Dengan kelibatnya bersama skuad B-23 di halaman sendiri, mungkin Safawi Rasid akan diketepikan untuk aksi ini.

Portimonense SC bersaing di liga B-23, Liga Revelacao dan kekalahan semalam adalah kekalahan ketiga selepas meraih kemenangan dalam aksi sebelum ini. Mereka berada di tangga ke-6 daripada tujuh pasukan yang bersaing di zon selatan.

Safawi Rasid telah diberi kepercayaan dalam kesebelasan utama pasukan dan beraksi hampir 60 minit perlawanan yang menyaksikan salah seorang pemain mereka, Sergio Santos dilayangkan kad merah di penghujung perlawanan tersebut.

Minit ke-18, Portimonense SC berjaya membuka tirai jaringan menerusi Paulo Estrela sebelum Sporting CP bangkit dengan tiga gol menerusi jaringan Rafael Fernandes (minit ke-28), Duarte Carvalho dan Nikolai Skoglund (61′ dan 63′).

Ia boleh dikatakan ‘intro’ terbaik buat Safawi Rasid dengan arena bola sepak di Portugal dan ini merupakan kali pertama beliau merasai suasana perlawanan kompetitif di sana. Menerusi rakaman yang diperolehi di Youtube, penyerang skuad kebangsaan itu dilihat diberikan posisi sayap kanan skuad tersebut.

Dapat dilihat, beberapa kali Safawi Rasid berpeluang memulakan asakan ke kubu lawan tetapi acap kali jugalah gerakannya itu berjaya dibentes pemain-pemain pertahanan lawan. Mungkin beliau masih mencari rentak bermain di Portugal.

Walaubagaimanapun, apa yang ditampilkannya nampak positif dengan memiliki satu peluang membuat gerakan ikoniknya masuk ke final third lawan menerusi larian daripada sebelah sayap kanan ke kawasan tengah, namun dihadang lawan.

Aksi ini penting buat Safawi Rasid yang baru berusia 23 tahun bagi memahami gaya permainan di sana sebelum diserap masuk ke skuad utama. Tambahan pula, beliau baru sahaja seminggu lebih berlatih bersama kelab Primeira Liga itu.

KREDIT FEATURED IMAGE: PORTIMONENSE SC

Baca lagi artikel mengenai Safawi Rasid dan Portimonense SC:

Portimonense S.C Perkenalkan Safawi Rasid Secara Rasmi

‘Harap Media Faham’ – Safawi Rasid ‘Panas’ Dengan Pihak Media?

3 Sebab Mungkin Tiada Debut Buat Safawi Rasid Bersama Portimonense SC

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN