Dean Henderson Semakin Hampiri Status Penjaga Gol Nombor Satu

Dean Henderson

Pemain tengah Sheffield United, John Fleck menegaskan bahawa impian rakan sepasukannya, Dean Henderson untuk bergelar penjaga gol pertama Manchester United dan England tidak terlalu jauh untuk digapai.

Henderson yang dipinjam ke Sheffield United sejak musim 2018/19 daripada Manchester United telah memainkan peranan penting bagi membantu kelab tersebut menikmati kempen yang meyakinkan pada penampilan semula dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Sebelum saingan liga terpaksa dihentikan susulan wabak COVID-19, Sheffield United telah menghuni tangga ketujuh selepas mengumpul 43 mata dan menjadi pasukan kedua yang paling sikit dibolosi, iaitu sebanyak 25 sahaja gol dilepaskan.

Dean Henderson sendiri berjaya menghalang pintu golnya dari dibolosi pada 10 perlawanan. Satu pencapaian yang cukup membanggakan bagi seorang penjaga gol muda.

Sehubungan dengan itu, Fleck turut memuji potensi hebat dimiliki penjaga gol kelahiran Whitehaven, England tersebut.

Embed from Getty Images

”Dia [Dean Henderson] seorang yang luar biasa dan masih muda. Dia berjaya mengekalkan ‘clean sheet’, membuat beberapa ‘saves’ yang begitu hebat. Saya pasti dia akan menikmati karier yang cukup hebat masa masa akan datang.”

”Dia memberitahu secara terbuka kepada semua orang untuk menjadi penjaga gol nombor satu Manchester United dan England, secepat yang mungkin.”

”Saya tidak fikir, secara peribadi, dia terlalu jauh untuk mencapai perkara tersebut,” ujar Fleck menurut laporan dikeluarkan oleh Goal.

”Penjaga gol agak gila – kadang-kadang dia sedikit marah! Tetapi dia mempunya personaliti yang cukup besar. Apabila dia mungkin melakukan kesilapan dan pengurus mengkritiknya, dia akan terus kembali bangkit.”

”Itulah keperibadiannya yang dimilikinya dan saya pasti itu membuatkan dia mencapai tahap seperti ini,” ujar John Fleck lagi.

Kredit featured image: Mike Egerton/PA Images via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Sheffield United:

Leave a Reply