Ribery Tolak Tawaran Sheffield United Kerana Kelab Tersebut Tak Cukup Besar

Selepas 12 tahun menikmati karier di Bayern Munich, Franck Ribery akan menjadi ejen bebas selepas 30 Jun akan datang. Ribery meninggalkan Bayern Munich sebagai legenda – bersama-sama dengan Arjen Robben.

Kedua-dua pemain tersebut memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak di Allianz Arena.

Ribery menyatakan beliau masih belum memutuskan untuk menyertai pasukan mana selepas ini. Pemain sayap 36 tahun itu kemudian memberitahu Kicker bahawa beliau ada menerima banyak tawaran termasuk dari kelab Inggeris.

Kicker juga melaporkan bahawa Ribery menjadi buruan beberapa kelab di Qatar, Australia dan juga bekas kelabnya – Marseille di Ligue 1.

Ribery menyebut Sheffield United sebagai pasukan yang sudah menghubungi pihak beliau bagi mendapatkan khidmatnya. Sheffield mahu memperkuatkan barisan serangan mereka. Dan percaya Ribery masih lagi memiliki keupayaan untuk menjadi pemain utama.

Ribery satu ketika dahulu pernah menyatakan minat beliau untuk bermain di England.

Sheffield United kembali semula ke EPL untuk musim 2019/20. Dan mereka memasang angan-angan besar untuk mendapatkan Franck Ribery.

Walaubagaimanapun, Ribery menolak tawaran Sheffield United tersebut buat masa ini. Ribery menganggap Sheffield United sebagai kelab yang tidak cukup besar untuk beliau.

Ribery masih menanti kelab yang lebih besar datang memberikan tawaran kepada beliau.

Sementara itu, Bayern Munich masih cuba mencari pengganti untuk Franck Ribery. Antara pemain yang panas dikaitkan dengan kelab tersebut ialah Leroy Sane. Namun Manchester City buat masa ini tidak berminat untuk melepaskan pemain kebangsaan Jerman tersebut.

Leave a Reply