Seperti mendapat suntikan semangat selepas berjaya memperoleh kemenangan pertama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang West Bromwich Albion (WBA) tempohari, pemain tengah Brighton & Hove Albion, Davy Propper yakin pasukannya lebih bersedia bagi menghadapi perlawanan liga yang seterusnya.
Brighton yang mencatatkan 1 kemenangan, 1 seri dan 2 kekalahan dalam saingan liga kini sedang menghuni tangga ke-14 EPL.
Pendatang baru itu mencatatkan kemenangan moral 3-1 keatas WBA dan berterima kasih kepada 2 jaringan pemain Jerman, Pascal Gross dan satu gol menerusi Tommer Hemed.
Mengulas mengenai kemenangan sulung itu, Davy Propper berkata: ”Kemenangan ini sangat penting untuk mendapatkan keyakinan pasukan. Pasukan sudah menunjukkan peningkatan serta kami juga bermain dengan baik.”
”3 mata yang diraih itu sangat penting tetapi jaringan yang dihasilkan juga perasaan yang baik buat pasukan. Sekiranya pasukan masih lagi tidak dapat menjaringkan gol, ia satu yang tidak baik.”
”Keyakinan tersebut telah semakin meningkat selepas kami memperoleh kemenangan pertama dan juga ketika seri bertemu Watford. Kami dapat merasakan pasukan kami adalah sebuah pasukan yang baik dan kami boleh mendapatkan mata,” jelas Davy Propper lagi.
Propper yang berjaya menjaringkan 2 gol ketika aksi antarabangsa ketika Belanda berjaya menumpaskan Bulgaria 3-1 pada minggu lalu merasakan beliau sudah dapat menyesuaikan diri dengan tugasannya di Albion. ”Perlawanan pertama (menentang Manchester City) tempohari bukanlah aksi yang baik dari saya tetapi saya rasa sudah menemuinya sekarang.”
”Ia akan mengambil sedikit masa, anda perlu mengenali para pemain, cara mereka bermain dimana saya perlu memberikan ruang buat saya untuk bermain bersama mereka dalam pasukan ini.”
”Saya berasa cukup bagus, begitu juga pasukan ini. Kami telah menunjukkan beberapa kemajuan.”
Pemain skuad kebangsaan Belanda itu turut berkeyakinan penuh bagi menghadapi perlawanan seterusnya menentang Bournemouth pada minggu ini di laman sendiri.
Sumber :
West Sussex Gazette (2017) – http://www.westsussextoday.co.uk/sport/football/propper-we-re-getting-better-and-better-1-8146829