Ashley Young & Marouane Fellaini Dapat Pujian Mourinho Selepas Aksi Bertemu FC Basel

Ashley Young

Manchester United yang kembali membuat penampilan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah bermula dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan juara Switzerland, FC Basel dengan keputusan 3-0 dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford pagi tadi.

Jaringan dari Marouane Fellaini, Romelu Lukaku dan Marcus Rashford meletakkan United kini di tangga teratas kumpulan A yang turut disertai CSKA Moscow dan Benfica.

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho ternyata gembira dengan kemenangan tersebut dan memuji aksi yang ditampilkan Ashley Young dan Marouane Fellaini.

Aksi pagi tadi merupakan penampilan pertama buat Young yang berehat panjang akibat kecederaan groin yang dihadapi 4 bulan yang lalu. Young turut membuat satu sumbangan bantuan jaringan (assist) yang dihasilkan Fellaini.

Mourinho mengganggap aksi yang ditunjukkan oleh Ashley Young tidak memeranjatkannya.

Ashley Young
MANCHESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 12: Ashley Young of Manchester United celebrates after the UEFA Champions League group A match between Manchester United and FC Basel at Old Trafford on September 12, 2017 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Alex Livesey – UEFA/UEFA via Getty Images)

”Dia sangat mengagumkan tetapi tidak memeranjatkan saya,” kata Mourinho. ”Saya memasukkannya dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah dan meletakkan Valencia di bangku simpanan kerana saya tahu apa yang dia boleh lakukan dan apa yang dilakukannya tidak berbeza berbanding ketika saya menggunakanya pada musim lalu di banyak posisi.”

”Dia sentiasa positif, dia mengalami kecederaan dan menjalani pembedahan serta pemulihan.Dia sangat bekerja keras pada setiap sesi latihan.”

”Saya tidak pasti dia dapat bermain 90 minit tetapi saya tahu dia mampu bermain 60 hingga 70 minit seperti apa yang dilakukan oleh Antonio Valencia, sebagai pemain pertahanan sayap.”

Fellaini pula cemerlang dalam memainkan peranan selepas dimasukkan. Berjaya memberikan saingan kepada Real Madrid ketika Piala Super Eropah, Fellaini turut berjaya menghasilkan gol ketika dimasukkan sewaktu menentang Leicester City bulan lepas.

Mourinho menjelaskan bahawa Fellaini tidak mempamerkan aksi buruk sepanjang musim.

“Untuk mengingati prestasi buruk Fellaini, saya perlu kembali ke musim lalu,” katanya. “Tetapi pada permulaannya, dan ia bukan prestasi buruk, ia adalah kesilapan ketika dia memberikan sepakan penalti pada minit terakhir di Goodison Park.

”Selain daripada itu, sumbangan yang diberikan kepada pasukan oleh Fellaini adalah positif. Ketika bermula di kesebelasan utama mahupun dari bangku simpanan, dia sangat penting.

Sumber :

Manchester Evening News (2017) – http://www.manchestereveningnews.co.uk/sport/football/football-news/man-utd-news-ashley-young-13612016

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN