Quantcast
Edgar Davids: Jangan Bandingkan Dybala Dengan Messi


BERITA

Edgar Davids: Jangan Bandingkan Dybala Dengan Messi

Wednesday, 13 Sep 2017

Edgar Davids percaya yang perbandingan antara bintang muda Juventus, Paulo Dybala dengan Lionel Messi tidak akan membantu pemain tersebut, malah ianya hanya akan menggangu perkembangan bakatnya.

“Jika anda mahu ‘merosakkan’ Dybala, maka teruskanlah membuat perbandingan tersebut,” tegas Davids kepada Gazzetta dello Sport.

Dua bintang sensasi Argentina, Lionel Messi dan Paulo Dybala. Foto: AFP.

Davids telah diminta mengulas mengenai pertembungan dua ikon terhangat bolasepak Argentina itu menjelang aksi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) antara Juventus dan Barcelona, awal pagi tadi.

“Kita perlu biarkan dia (Dybala) berkembang tanpa sebarang bentuk gangguan. Juventus mempunyai ramai lagi pemain bintang dan dia tak perlu dibebani dengan terlampau banyak tekanan.

“‘Mahkota’ Messi terlampau besar buatnya, dan ketika ini dia berada di tahap yang berlainan. Dia telah meledak puluhan gol setiap tahun, terutamanya dalam perlawanan-perlawanan penting.


Pemain Yang Diramal Mampu Memenangi Ballon d’Or selepas Messi dan Ronaldo Bersara. Foto: Getty Images.

“Dybala akan terus berkembang, tetapi ianya adalah satu perjalanan yang masih jauh buatnya,” ujar bekas bintang Juventus dan Barcelona itu lagi. Davids bersama Juventus dari musim 1997 hingga 2004 sebelum dipinjamkan ke Barcelona untuk tempoh semusim.

Dybala seringkali dibandingkan dengan Messi dek kerana gaya permainannya, kewarganegaraannya serta kedua-duanya mereka adalah pemain berkaki kidal. Dybala terkenal dengan skil gelecekkannya, kepantasannya serta kreativitinya.

Dan dengan aksi baik pemain berusia 23 tahun ini dalam aksi permulaan liga ketika ini telah menambah lagi ‘rencah’ perbandingan tersebut.

Sehingga kini, Dybala telah menjaringkan lima gol dalam aksi Serie A, mencipta empat peluang, serta mempunyai purata hantaran tepat yang sangat baik, iaitu 85%.

Statistik Hantaran Tepat Di Serie A. Foto: Squawka.com

Dybala telah membantu Juventus untuk ke pentas final UCL pada musim lalu dan berazam mahu melakukan yang lebih baik kali ini.


Pernah dilabel oleh pengurusnya di Juventus, Marcello Lippi sebagai ‘my one-man engine room’, sudah cukup menggambarkan peranan dan fungsi Davids untuk kelabnya ketika itu.

Edgar Davids Ketika Bersama Juventus. Foto: Goal.com

Jadi apabila bercakap mengenai Barcelona, Davids memberikan komen berdasarkan prestasi jentera tengah mereka. Beliau menyatakan yang bekas kelabnya itu sudah hilang ‘taringnya’ dan bukan lagi kelab yang digeruni pada masa kini.

“Jentera tengah Barcelona membosankan. Dalam musim terbaik mereka, mereka pernah memiliki gandingan terbaik iaitu Xavi dan Iniesta,” ujar pemain yang berusia 44 tahun itu lagi.

Sumber Rujukan:

  1. Jeorge Bird, Squawka.com (2017): Messi comparisons will only “hurt” Paulo Dybala, says Edgar Davids


KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Edgar Davids: Jangan Bandingkan Dybala Dengan Messi



Berita Bola Yang Menarik