Pemain tengah Manchester City, David Silva akan mengucapkan selamat tinggal kepada juara Liga Perdana Inggeris itu selepas tamat kempen musim 2019/20.
Pemain perancang berusia 33 tahun tersebut membantu City memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), dua kejuaraan Piala FA, dan empat Piala Liga sejak menyertai kelab itu pada 2010.
Sepanjang tempoh itu, Silva melakukan 395 penampilan untuk Manchester City dalam semua pertandingan.
BREAKING | David Silva will leave Manchester City at the end of the season.
? “Ten years for me is enough. It completes the cycle. It’s a nice round figure.”
[Daily Mail] pic.twitter.com/xUiSCHbEVp
— Goal (@goal) June 25, 2019
Musim lalu beliau tampil dalam 33 perlawanan dan menjaringkan 6 gol untuk membantu skuad kendalian Pep Guardiola mempertahankan gelaran EPL, dan memenangi treble domestik.
Ketika ditanya dalam temubual sekiranya beliau akan terus kekal di City, Silva menjawab:
“Tidak. Ini akan menjadi musim rerakhir. 10 tahun sudah cukup. Ia amat sempurna untuk saya.”
David Silva for Man City in the Premier League era:
• Most games
• Most wins
• Most assistsAnd four Premier League titles to show for it. ?♂️ pic.twitter.com/XrtUWpPEAi
— Squawka Football (@Squawka) June 25, 2019
“City mencadangkan untuk saya kekal lagi dua tahun, tetapi saya memutuskan untuk kekal setahun. Saya akan mengakhirinya selepas 10 tahun.
“Ia melengkapkan pusingan. Ia juga nombor yang cantik. Saya tidak boleh melihat diri saya beraksi menentang City bersama pasukan lain. 10 tahun, dan ia akan tamat,” ujar beliau.