Previu MSL 2019: MU Mahu Kekal Rentak Positif Elak JDT Rangkul Kejuaraan Ke-6

Tumpuan peminat bola sepak tempatan pada minggu ke-18 saingan Liga Super Malaysia pada malam ini pasti akan terarah ke Stadium Hang Jebat untuk perlawanan diantara Melaka United dan JDT.

Apakah signifikannya perlawanan diantara kedua-dua pasukan kepada saingan liga pada musim ini?

JDT intai kejuaraan ke-6

Berbaki lima perlawanan, JDT mengintai untuk mengesahkan kejuaraan Liga Super Malaysia buat kali ke-6 berturut-turut sekiranya mampu menewaskan pasukan tuan rumah pada malam ini. Kekalahan 5-2 Pahang kepada Selangor dalam perlawanan semalam bermakna tiga mata akan mengesahkan kejuaraan buat JDT pada musim ini.

Foto: JST

JDT berkemungkinan akan menurunkan kesebelasan utama yang menewaskan Selangor sebelum ini, kecuali Leandro Velasquez yang digantung akibat jumlah kad kuning maksimum yang diterima beliau. Namun demikian, Luciano Figueroa tidak kekurangan pemain di bahagian tersebut, dengan Syafiq Ahmad dilihat sebagai calon penganti untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Leandro.

Melaka United mahu kekal positif

Di atas kertas, JDT sememangnya merupakan pasukan yang lebih baik dari segi kebolehan teknikal dan sebagainya berbanding Melaka United. Namun cabaran anak buah Zainal Abidin Hassan tidak wajar dipandang ringan oleh JDT – terutama ketika keyakinan untuk memuktamadkan kejuaraan semakin membuak. Untuk rekod, Melaka United hanya tewas sekali dari lapan perlawanan terdahulu sebelum pertemuan ini.

Untuk itu, Melaka United harus berterima kasih kepada prestasi pemain import yang sehingga kini menampilkan prestasi cemerlang. Luka Milunovic misalnya sentiasa menjadi ancaman kepada pertahanan lawan sejak tiba dari Sabah. Davy Angan telah menjaringkan dua gol setelah menyertai skuad Hang Tuah ini pada jendela perpindahan lalu, manakala Patrik Rechelt yang sudah menjaringkan sembilan gol di MSL 2019 kekal menjadi senjata utama Melaka United dari awal musim. Namun demikian, Zainal Abidin terpaksa melupakan khidmat Dominik Balic akibat pergantungan untuk perlawanan ini.

Taktikal pasukan

Skuad kendalian Luciano Figueroa dijangka akan terus bersandar kepada sistem 4-3-3 dengan dua penyerang sayap dan seorang No.9 jadian mengetuai jentera serangan. Gandingan Gonzalo Cabrera, Diogo Luis Santo dan Safawi Rasid sehingga kini telah menghasilkan 26 gol sesama mereka. Itu adalah 70% daripada keseluruhan jaringan JDT di MSL 2019 pada musim ini – dan bukti keberkesanan sistem yang diamalkan oleh juara bertahan itu setakat ini.

Luciano Figueroa
Foto: JST

Melaka United juga beraksi dengan sistem 4-3-3, namun secara taktikal sistem mereka adalah sedikit berbeza dengan JDT. David Angan adalah seorang target man, manakala Reichelt adalah pemain sayap yang lebih gemar mengancam dari sisi kanan. Nazrin Nawi dijangka akan mengisi posisi di sebelah kiri, manakala Milunovic akan berperanan sebagai penyerang No.2 di belakang Angan.

Rekod pertemuan

Berikut adalah rekod pertemuan kedua-dua pasukan dari lima pertemuan sebelum ini.

  • 23.02,2019 Johor Darul Ta’zim 2-1 Melaka (Liga Super)
  • 26.06.2018 Melaka 0-4 Johor Darul Ta’zim (Liga Super)
  • 25.02.2018 Johor Darul Ta’zim 3-0 Melaka (Liga Super)
  • 24.09.2017 Johor Darul Ta’zim 1-1 Melaka (Piala Malaysia)
  • 15.09.2017 Melaka 1-4 Johor Darul Ta’zim (Piala Malaysia)

Ramalan Semuanya BOLA

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan sejak lima perlawanan lalu, sukar untuk menggambarkan bagaimana JDT tidak pulang dengan tiga mata penuh selepas tamat perlawanan.

Namun beraksi di hadapan penyokong sendiri, maruah turut menjadi taruhan. Sekurang-kurangnya perjuangan Melaka United pada malam ini ialah tidak memberi laluan mudah buat JDT untuk mengesahkan kejuaraan di halaman mereka sendiri.

#FMONIFLIX

Bagi yang tidak berkesempatan untuk turun ke stadium untuk menyaksikan perlawanan ini di stadium, usah risau.

Hasil kerjasama Semuanya BOLA dengan iflix, anda kini boleh menyaksikan perlawanan unifi Liga Super Malaysia ini secara PERCUMA tanpa daftar atau muat turun.

 

Anda hanya perlu klik #FMONIFLIX untuk mengikuti perlawanan ini.

Siaran langsung akan dibawa kepada anda 30 minit sebelum sepak mula. Anda juga boleh layan previu-previu menarik sebelum perlawanan bermula. Terus setia bersama kami di Semuanya BOLA!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN