Quantcast

BERITA

Buffon Mahu Kembali Sertai Juventus

Penjaga gol veteran berusia 41 tahun, Gianluigi Buffon dikatakan berhasrat untuk kembali menyertai Juventus selepas setahun meninggalkan kelab Turin itu untuk bersama Paris Saint-Germain (PSG).

Ejen kepada Buffon berkata perkara itu setakat ini sekadar sebuah idea, namun mengakui rundingan sedang dilakukan untuk membolehkan pemain berstatus legenda itu untuk kembali ke Turin.

TURIN, ITALY – MAY 19: Gianluigi Buffon of Juventus in action during the serie A match between Juventus and Hellas Verona FC at Allianz Stadium on May 19, 2018 in Turin, Italy. (Photo by Daniele Badolato – Juventus FC/Juventus FC via Getty Images)

Buffon merupakan seorang ejen bebas selepas meninggalkan PSG. Beliau pernah membuat keputusan untuk meninggalkan Juventus untuk menyertai juara Ligue 1 itu, namun kini mahu kembali ke kelab dimana beliau pernah meraih sembilan gelaran Scudetto.

Ketika menjawab soalan wartawan mengenai spekulasi tersebut, ejen Buffon, Silvano Martina berkata: “Buat masa sekarang, ia hanyalah di peringkat cadangan.”

Sekiranya Buffon kembali menyertai Juventus, beliau dilaporkan akan menjadi penjaga gol kedua di belakang Wojciech Szczesny, dan kemudiannya akan dilantik untuk mengisi jawatan pengarah di kelab tersebut.

Gianluigi Buffon (Juventus FC) celebrates the victory of the Italian championship 2016/17 after the Serie A football match between Juventus FC and FC Crotone at Juventus Stadium on may 21, 2017 in Turin, Italy.
(Photo by Massimiliano Ferraro/NurPhoto via Getty Images)

Buffon telah beraksi bersama Juventus selama 17 tahun sebelum ini selepas menyertai kelab Turin itu dari Para untuk nilai rekod dunia €52 juta pada 2001.

Selain daripada gelaran sembilan gelaran Serie A, bekas penjaga gol antarabangsa Itali itu juga pernah memenangi lima kejuaraan Supercoppa Italiana, dan empat Coppa Italia. Buffon juga pernah membantu Juventus muncul naib juara UEFA Champions League sebanyak tiga kali.

Musim lalu Buffon membantu PSG muncul juara Ligue 1 dan Trophee des Champions di bawah kendalian Thomas Tuchel.