Bekas penjaga gol Liverpool, David James mengakui The Reds harus mempertimbangkan sekiranya mendapat tawaran menarik daripada pasukan lain yang mahu mendapatkan khidmat bintang utama mereka, Mohamed Salah.
James turut merasakan bahawa Liverpool adalah sebuah pasukan yang lebih baik sekiranya beraksi tanpa penjaring 104 gol dalam 165 penampilan itu.
Aksi menarik yang ditampilkan Salah ketika membantu Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lalu dan Liga Juara-Juara Eropah 2018/19 sudah pastinya menarik minat pasukan gergasi Eropah untuk mendapatkan khidmatnya.
Sehubungan dengan itu, James merasakan Liverpool perlu untuk melepaskan pemain kelahiran Mesir itu sekiranya kelab tersebut mendapat tawaran yang baik.
”Jika harganya tepat, mana-mana sahaja pemain boleh untuk dijual,” Ia bergantung kepada harga yang ditawarkan oleh kelab tersebut.”
”Ia merupakan satu perdebatan yang sukar kerana anda memiliki seorang pemain yang sentiasa konsisten dalam menjaringkan gol, dan itulah yang membuatkan setiap pasukan mahukan khidmatnya.”
”Sekiranya anda lihat kepada Manchester City dengan Sergio Aguero, ia kelihatan seperti mereka bergantung kepada seorang pemain.”
”Jika Salah berhijrah ke Man City, saya tidak merasakan ia adalah satu bisnes yang baik buat Liverpool. Sekiranya dia ke liga dan negara lain, ia akan lebih masuk akal.”
”Saya tidak merasakan Liverpool terlalu bergantung kepada Salah dan ia merupakan perkara yang baik buat Jurgen Klopp. Bagaimanapun, dia masih lagi perlu untuk digantikan.”
”Saya tidak merasakan dia sangat diperlukan dalam pasukan,” ujar David James menurut laporan Goal.
Kredit featured image: Shaun Botterill/Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Mohamed Salah:
Jurgen Klopp: Mohamed Salah Seorang Pemain Yang Sangat Istimewa