Situasi di Internazionale semakin tidak menentu sekarang ini.
Sudahlah menduduki di kelompok 10 terbawah liga, kini pengurus mereka Frank De Boer dipecat pula!
Sudah diberi amaran
Bekas pengurus Ajax Amsterdam, David Endt (gambar bawah) mendedahkan beliau telah memberikan amaran kepada De Boer mengenai kehidupan di Internazionale.
“Saya pernah amaran kepada beliau supaya jangan ambil tawaran di Internazionale. Tapi beliau tetap degil.”
“Namun De Boer tetap rasa beliau boleh lakukan. Beliau kata beliau ada perancangan besar untuk kelab itu.”
Endt pernah menulis beberapa buku untuk Internazionale seperti The San Siro Shadows (1989) dan My Inter (2009) sebagai tanda cinta beliau terhadap kelab tersebut.
Endt faham akan situasi dimana seorang pengurus akan berasa seronok apabila sebuah kelab besar melamar mereka untuk menjadi pengurus mereka.
“Internazionale adalah nama yang besar dalam bola sepak. Jadi jika anda ada peluang untuk berkerja dengan mereka anda sukar untuk menolak tawaran itu.”
Pelacur berlagak diva
Walaupun mencintai Internazionale, Endt tetap juga membenci kelab tersebut.
Endt membidas Internazionale sebagai kelab yang seperti seorang pelacur yang berlagak diva.
“Mereka semua ini diibaratkan seperti seorang diva yang mengenakan pakaian baju biru dan hitam. Tetapi hakikatnya mereka adalah pelacur!”
Endt juga mengatakan De Boer seolah tidak diberi peluang untuk mencipta kejayaannya sendiri.
Hal ini kerana satu punca – Frank De Boer ada seorang pengurus berbangsa Belanda.
“Saya sudah mengetahui De Boer akan mengalami masalah apabila menguruskan Internazionale. Semuanya kerana beliau berasal dari Belanda.”
“Maafkan saya, Forza Inter.”
De Boer akhirnya telah dipecat, hanya selepas 85 hari bersama dengan Internazionale.
Beliau yang hanya menyertai mereka selepas sesi pra-musim selepas Roberto Mancini dipecat, dibuang kerja dengan cara yang cukup kejam.
De Boer dipecat oleh pemilik mereka Suning menerusi satu sidang video yang dilakukan menerusi Skype.
De Boer yang menerusi akaun Twitternya, mengucapkan terima kasih sambil menegaskan yang projeknya memerlukan sedikit lagi masa untuk mendapatkan hasil.
“Malang sekali ia sudah berakhir. Untuk melaksanakan projek ini ia perlukan lebih banyak masa.”
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kepada saya. Forza Inter.”
— Ronald de Boer (@RdBoer1970) November 1, 2016
Jurulatih pasukan remaja Internazionale, Stefano Vecchi akan mengambil alih sementara waktu sebagai pengurus pasukan utama.
Baca juga: Internazionale Dilanda Prestasi Teruk, Masa Depan De Boer Ibarat Telur Di Hujung Tanduk