Dari Kriket dan Hoki: Bagaimana India Mempopularkan Bola Sepak Dengan Bintang Bollywood

Sekali pandang India sebenarnya lebih kurang seperti Amerika Syarikat. Mereka syok dengan sukan mereka sendiri. Ketika satu dunia bersembang bola sepak, India bersembang hoki dan kriket. Ketika ini, prestasi hoki India merudum maka kriket menjadi sukan nombor 1 di India.

Inilah sebabnya mamak jadi blur semacam bila anda minta mereka tukar channel bola di Astro. They simply don’t know and don’t care about football.

 

Mungkin ini satu-satunya mamak yang leka tengok bola ketika bekerja (Kredit: The Star Malaysia)
Mungkin ini satu-satunya mamak yang leka tengok bola ketika bekerja (Kredit: The Star Malaysia)

 

Pelawak Canada keturunan India, Russell Peters pernah mempersoalkan dalam skit komedinya mengapa India tidak pernah layak ke World Cup walaupun mempunyai 1.3 billion rakyat.

“I mean how hard it is to find 11 guys to play football out of 1.2 billion people in India.”

 

http://www.youtube.com/watch?v=ypujqwv-ano

 

Kali terakhir India layak ke World Cup adalah pada edisi World Cup di Brazil pada 1950. Tetapi India menarik diri pada saat terakhir atas faktor kos perjalanan. Bukannya kerana mereka tidak dibenarkan bermain secara kaki ayam seperti yang diwar-warkan di Mastika.

Pada tahun 2010, lagenda bolasepak India dan bekas penyerang Perak, Baichung Bhutia mencadangkan penubuhan satu liga bola sepak yang seiring dengan format liga kriket India, Indian Premier League (IPL).

 

Baichung Bhutia ketika beraksi sebagai penyerang Perak (Kredit: Henry Ong Chee How)
Baichung Bhutia ketika beraksi sebagai penyerang Perak (Kredit: Henry Ong Chee How)

 

Cadangannya dipersetujui kerajaan India tetapi perlaksanaannya asyik tertangguh.

Hanya pada tahun 2014, barulah liga ini akan direalisasikan. Liga ini dinamakan Indian Super League (ISL).

 

Indian_Super_League

 

ISL akan bermula dengan 8 pasukan. Setiap pasukan mewakili satu bandar di India. Liga ini berlangsung dari September hingga November (3 bulan sahaja). Di akhir liga, 4 pasukan teratas akan bertanding dalam play-off untuk menentukan juara liga (seperti format liga ke-2 England dan MLS di Amerika Syarikat)

Setiap pasukan mesti menyenaraikan minimum 22 pemain dimana 14 orang mesti rakyat India dan 4 orang mesti warga bandar yang diwakili. 8 kuota pemain asing pula mesti diisi oleh seorang MARQUEE player.

Kesatuan bola sepak India menjelaskan marquee player adalah – “A foreign recruit who has represented his country in any of the continental championships like the European Championship, Copa America, African Nations Cup, Asian Cup, or Fifa World Cup will be called a marquee player,”

Baru-baru ini, Robert Pires dan Fredrik Ljungberg mengesahkan penyertaan mereka sebagai marquee player. Tetapi pasukan manakah yang akan mereka wakili masih belum diketahui.

 

Kredit: Filmibeat.com
Kredit: Filmibeat.com

 

Berikut adalah 8 pasukan yang akan bertanding dalam ISL:

1. Atletico de Kolkata (mewakili bandar Calcutta/Kolkata/West Bengal)

 

Kredit: NDTV India
Kredit: NDTV India
Kredit: Daily Mail UK
Kredit: Daily Mail UK

Pasukan ini mempunyai kerjasama dengan Atletico Madrid dan sudah menandatangani Luis Garcia sebagai marquee player mereka. Dimiliki oleh Sourav ‘Dada’ Ganguly yang membawa India ke Piala Dunia Kriket 2003.

2. Kerala Blasters FC (mewakili bandar Kerala)

 

Kredit: New Indian Express
Kredit: New Indian Express
Kredit: IBNLive
Kredit: IBNLive

Dimiliki oleh Tuhan kriket India, Sachin Tendulkar. Bakal disokong majoriti mapley-mapley yang bekerja di Malaysia. Sudah menandatangani bekas penjaga gol England, David James.

3. Mumbai City FC (mewakili bandar Mumbai)

 

Kredit: Sportskeeda
Kredit: Sportskeeda
Kredit: India Today
Kredit: India Today

Dimiliki oleh pelakon terkenal Bollywood, Ranbir Kapoor dari keluarga Kapoor yang mendominasi Bollywood. menandatangani Manuel Friedrich dan Nicholas Anelka dan Fredrik Ljungberg sebagai marquee players.

4. Pune FC (mewakili bandar Pune)

Kredit: Sportskeeda
Kredit: Sportskeeda

Dimiliki oleh kaki gaduh Bollywood Salman Khan. Pasukan ini mempunyai kerjasama dengan kelab Itali, Fiorentina. Menandatangani David Trezeguet sebagai marquee player.

5. North East Guwahati FC (mewakili bandar Assam)

 

Kredit: Morung.com
Kredit: Morung.com
Kredit: Goal.com
Kredit: Goal.com

Dimiliki oleh pelakon Bollywood, John Abraham. Sudah menandatangani Joan Capdevilla sebagai marquee player.

6. Delhi Dynamos FC (meakili bandar Delhi)

 

Kredit: OutoftheBoot
Kredit: OutoftheBoot

 

Dimiliki oleh syarikat kabel TV India, DEN Networks dan mempunyai kerjasama dengan Feyenoord.

7. FC Goa (mewakili bandar Goa)

 

Kredit: Indian Super League
Kredit: Indian Super League

 

Dimiliki oleh tauke pembuat barangan elektronik terbesar di India, Venugopal Dhoot. Mempunyai Robert Pires sebagai marquee signing.

8. Chennaiyin FC (mewakili bandar Chennai)

 

Kredit: Sportskeeda
Kredit: Sportskeeda

 

Dimiliki oleh Abhishek Bacchan dan pemain kriket Mahendra Singh Dhoni. Mempunyai Mikael Silvestre dan Marco Materazzi sebagai marquee signing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN