Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Salahkah Raheem Sterling Beritahu Dia Penat?

Sehari sebelum England menentang Estonia, Roy Hodgson mendedahkan Raheem Sterling berterus-terang dalam sesi latihan memberitahunya – “saya penat, bos.”

 

"Saya penat, bos" (Kredit: The Guardian Football UK)

“Saya penat, bos” (Kredit: The Guardian Football UK)

 

Pengurus Liverpool Brendan Rodgers merehatkan Sterling semasa perlawanan menentang Aston Villa selepas Sterling bermain 90 minit untuk England awal September lepas. Selepas itu, Sterling bermain penuh 90 minit dalam 6 perlawanan Liverpool seterusnya termasuklah dalam perlawanan 120 minit menentang Middlesbrough dalam Capital Cup.

 

Raheem Sterling bermain penuh 120 minit dalam Carling Cup. Bijakkah tindakan Brendan Rodgers? (Kredit: Mirror UK)

Raheem Sterling bermain penuh 120 minit dalam Carling Cup. Bijakkah tindakan Brendan Rodgers? (Kredit: Mirror UK)

 

Jika diperhatikan jumlah minit Sterling bermain untuk Liverpool dan gaya permainannya yang banyak berlari, ini mengingatkan kita kepada Michael Owen dan Robbie Fowler ketika muda. Apabila umur Owen dan Fowler menginjak 24 – 25 tahun, mereka mula mendapat banyak kecederaan. Nyata Sterling prihatin dengan sejarah Owen dan Fowler.

 

Kekerapan kecederaan Owen dikaitkan dengan kekerapannya bermain tanpa rehat di Liverpool (kredit: ABC Australia)

Kekerapan kecederaan Owen dikaitkan dengan kekerapannya bermain tanpa rehat di Liverpool (kredit: ABC Australia)

 

Tetapi ramai juga mempertikaikan Sterling.

Dia masih muda. Ini baru bulan Oktober. Belum masuk bulan Desember lagi. Dia tidak boleh berkata ‘tidak’ kepada negara yang memerlukan khidmatnya. Itu namanya membelot kepada negara.

 

raheem1

Ramai yang mempersoalkan bermain bola adalah pekerjaannya. Anda tidak boleh berkata ‘tidak’ melainkan anda cedera. Seperti juga orang lain yang bekerja di pejabat. Setiap hari mereka bekerja lebih 8 jam sehari dengan gaji yang jauh lebih kecil dari Sterling, tetapi mereka tidak masuk ke pejabat bos mereka untuk beritahu – ‘saya penat, bos” – tanpa sijil surat sakit, bukan?

 

raheem2

 

Sterling membalas kutukan ini dengan tweet – “Excuse me for being human”.

 

raheem3

 

Jadi soalan kami adalah, adakah anda merasakan tindakan Sterling betul? Adakah anda pernah mengalami situasi seperti Sterling – bermain dalam sukan 3 kali seminggu – dan merasakan anda perlu direhatkan? Adakah anda rasa tindakan Sterling mengkhianati negaranya sendiri? Apa reaksi anda jika pemain Malaysia yang melakukan perkara sama?

Kongsikan pengalaman dan pendapat anda di ruangan komen.