Quantcast

BERITA KAJIAN & FAKTA

The Late Bloomers Club: Semakin Tua Semakin Hebat

Pada 14 Oktober 2014, lagenda AS Roma Francesco ‘Il Bimbo d’Oro’ Totti menjaringkan gol penyamaan Roma menentang Man City untuk menjadi penjaring gol tertua dalam sejarah Champions League.

Kredit: The Daily Mail UK

Kredit: The Daily Mail UK

Ketika ramai pemain bersara di usia awal 30-an, Totti masih bermain di pentas tertinggi bola sepak Eropah di usia 38 tahun. Sebagai perbandingan, ketika Totti membuat debut untuk AS Roma, Neymar baru sahaja berusia sebulan.

Persoalan sekarang – bagaimana pemain tua seperti Totti boleh kekal hebat di usia ‘emas’?

Dalam dunia sukan, atlet boleh dibahagikan kepada dua kumpulan:

Kumpulan pertamaadalah atlet yang mencapai puncak karier mereka di usia muda.

Ketika budak-budak awal 20-an lain sibuk belajar, mereka menempa nama sebagai atlet berkelas dunia. Diego Maradona, Ronaldinho, David Beckham dan Michael Owen adalah contoh kumpulan ini.

Maradona-fat

Maradona ketika berumur 38 tahun


Kumpulan keduaadalah the late bloomers. Atlet yang mencapai puncak karier mereka di lewat usia 20-an.

Selalunya 28 tahun keatas. Contohnya – Antonio di Natale, Luca Toni, Roger Milla, Thierry Henry, Ryan Giggs dan jangan lupa; Francesco Totti.

Roger Milla ketika berumur 38 tahun (4 gol dalam World Cup 1994)

Roger Milla ketika berumur 38 tahun (4 gol dalam World Cup 1994)

Jika diteliti, karier Totti sebenarnya sudah bermula ketika beliau berumur 16 tahun. Tetapi jika jumlah penampilan beliau di AS Roma dimasukkan ke dalam graf parabola, puncak karier beliau berada di umur 28-29 tahun (lihat graf di gambar bawah).

Hak milik: Semuanya BOLA

Hak milik: Semuanya BOLA

Puncak karier atlet kumpulan pertama biasanya di umur 25-26 tahun.

Dan berdasarkan graf tersebut, Totti boleh bermain sehingga umur 40 tahun! Beliau mempunyai 2 tahun lagi untuk bermain jika mengikut hukum statistik dan matematik tambahan tingkatan lima.

The late bloomers club adalah kumpulan atlet yang istimewa. Fisioterapi badan mereka merosot lebih lambat dari biasa. Ketika mereka berumur 30 tahun, mereka bermain seperti atlet 25 tahun. Ketika hamstring Michael Owen menyerah kalah pada umur 31 tahun, otot kaki Totti masih boleh bermain 60-70 minit high class football – pada usia 38 tahun!

Jangan lupa, bola sepak Malaysia juga penuh dengan the late bloomers. Amri Yahyah muncul antara pemain termahal di Malaysia pada usia 33 tahun. Shukor Adan masih bermain dengan konsisten pada umur 35 tahun.

Amri Yahyah muncul antara pemain termahal di Malaysia pada umur 33 tahun (kredit: The Star Malaysia)

Amri Yahyah muncul antara pemain termahal di Malaysia pada umur 33 tahun

Baca: Kenali Lawan Malaysia Untuk Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Malam Ini, Oman.

Kredit gambar: The Daily Mail UK, The Star Malaysia, Getty Images

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.

Follow Twitter kami di @semuanyabola.