Pertahanan terbaik Liga Super bersama Kuala Lumpur City (KL City) musim lalu, Daniel Ting telah dikesan berada di Stadium Sultan Ibrahim menyaksikan kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Selangor.
Kira-kira seminggu lalu, wartawan The Star, T. Avineshwaran ada membuat ciapan mengenai status Daniel Ting yang sebelum ini kembali ke England apabila kontraknya bersama KL City berakhir selepas pemain kacukan Malaysia-England itu dikhabarkan menolak suntikan vaksin Covid-19 yang diwajibkan pada awal musim lalu.
Menurut Avineshwaran, pemain yang bermain di posisi bek kiri itu bakal menyertai sebuah pasukan di Selatan.
Daniel Ting looks set to be back in the Malaysian League. It is learnt that he could head to the South. #MFLTransfer2022 #MSL2022
— T. Avineshwaran (@avineshW90) June 17, 2022
Terang lagi bersuluh saat itu, JDT adalah pasukan dari selatan tanah air dan kita hanya menanti khabar rasmi.
Secara kebetulannya, JDT mengumumkan pada 30 Mei yang lalu, mereka akan merekrut empat pemain baru.
“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim akan menandatangani empat pemain baharu untuk menambah kekuatan skuad pada jendela perpindahan pertengahan musim. Dua pemain luar negara dan dua pemain tempatan akan menyertai skuad dalam masa terdekat.”
Alistair Edwards, Pengarah Teknikal JDT
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim akan menandatangani empat pemain baharu untuk menambah kekuatan skuad pada jendela perpindahan pertengahan musim.
[1/2] pic.twitter.com/f1gvalrsb2
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) May 30, 2022
Selepas dua pemain kacukan Malaysia, Kobe Jae Chong dan Jaami Qureshi disahkan tidak ke JDT walaupun berada di Malaysia, ia semakin mengelirukan pemerhati bola sepak tempatan mengenai pengumuman JDT itu.
Siapakah dua pemain tempatan yang bakal menyertai juara lapan musim berturut-turut Liga Super itu nanti?
Avineshwaran dalam ciapan terbarunya mengesahkan yang Daniel hampir pasti bakal menyertai JDT.
Selain itu, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam ciapannya malam tadi memperlihat kelibat Daniel di Stadium Sultan Ibrahim di tempat duduk penyokong. Ini semakin menguatkan spekulasi itu.
Daniel Ting sah kembali ke Malaysia dan difahamkan bekas pertahanan KL City FC itu antara pembelian baru JDT pada jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia yang berakhir 12 malam ini. @ASTROARENA pic.twitter.com/tPrIwQQIU5
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) June 24, 2022
Dengan tidak lagi menjadi kewajipan majikan untuk melihat status vaksin pekerja sebagai syarat untuk diterima bekerja, Daniel sudah boleh kembali ke Malaysia untuk beraksi di saingan Liga Malaysia.
Dan peluang ini tidak dilepaskan oleh JDT untuk mendapatkan bek kiri terbaik musim lalu untuk menjadi pemain mereka.
Sehingga kini belum ada pengumuman rasmi sama ada dari pihak JDT dan Malaysian Football League (MFL) tentang status pemain tersebut. Namun, mungkin hanya sedikit masa lagi, perpindahan ini bakal disahkan.