Tiada Sebarang Rombakan, Kem Sri Pahang Dihantui Masalah Kecederaan

Sri Pahang kini berdepan cabaran getir apabila mereka bakal berdepan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini dalam saingan Liga Super 2022.

Setelah merekodkan kekalahan sebelum ini di tangan Sabah dengan keputusan 1-2, mereka perlu menentang Negeri Sembilan pula di gelanggang lawan malam ini dalam misi untuk memperbaik kedudukan carta liga.

Tambah membimbangkan para penyokong Sri Pahang apabila dikhabarkan kini mereka berada dalam keadaan sedikit tempang kerana masalah kecederaan dialami oleh pemain.

Pengendali Sri Pahang iaitu Christophe Gamel menyatakan tidak ada sebarang rombakan pemain bakal dibuat untuk perlawanan malam ini dengan barisan pemain sama sewaktu menentang Sabah sekali lagi bakal dibawa turun di Paroi.

“Saya boleh katakan bahawa tiada sebarang perubahan senarai pemain berdepan Negeri Sembilan kerana ada pemain yang belum pulih daripada kecederaan. 

“Tapi saya harap ia tidak mengganggu perancangan skuad ini untuk mencatat keputusan memberangsangkan di Paroi, malam ini.

“Apa yang perlu dilakukan pemain ialah untuk mempamerkan persembahan terbaik mereka terutama di bahagian serangan dan pertahanan. 

“Sentuhan tiga import baharu ditagih untuk membantu pasukan memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super,” katanya menerusi Berita Harian.

Tiga import baharu ditandatangani oleh Sri Pahang pada jendela perpindahan kedua kali ini ialah Steven Rodriguez, Kevin Ingreso, serta Sherzod Fayziev.

Menurut info, tiga pemain yang masih dilanda kecederaan ialah pemain tengah berkaliber, Azam Azih, David Rowley, serta Abdul Malik Mat Ariff.

Dalam masa sama, Gamel mengakui skuadnya berpotensi untuk meraih tiga mata penuh sekiranya para pemain memberi fokus dan mengekalkan disiplin terbaik sepanjang perlawanan berlangsung.

Beliau menuntut sedemikian daripada anak-anak buahnya kerana lawan mereka antara yang sangat kuat musim ini dalam saingan Liga Super dan pastinya para pemain Sri Pahang perlu mempamerkan aksi lebih bertenaga jika mahukan kemenangan.

Setakat ini Sri Pahang berada di kedudukan ke-10 carta Liga Super dengan 8 mata berjaya dikutip hasil dua kemenangan, dua seri, serta lima kekalahan daripada sembilan perlawanan dihadapi.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN