‘Bagai Kaca Terhempas Ke Batu’ – Dua Aksi Berturut-Turut Gawang Penang Dirobek Bekas Pemain Asuhan Mereka

Bekas pemain Penang FC Kumaahran Faisal Halim

S. Kumaahran dan Faisal Halim, kedua-duanya bukan sahaja merobek gawang Penang, malah mencarik-carik hati penyokong bekas pasukan yang mengasuh pemain itu ketika di awal karier bola sepak mereka.

Dibezakan hanya dua tahun, mereka kini sudah membina karier stabil di luar Pulau Pinang. Kumaahran kini berusia 26 tahun beraksi di PJ City, sementara Faisal pula berusia 24 tahun beraksi di Terengganu.

Dalam aksi hujung minggu lalu, Kumaahran melakar jaringan pendahuluan buat PJ City sebelum Penang kembali mengikat kedudukan untuk perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1 di Stadium Bandaraya.

Dan pada Rabu, giliran Faisal pula merobek gawang bekas pasukannya itu untuk mengikat kedudukan sebelum T. Saravanan kembali meletak Harimau Kumbang di depan seterusnya memenangi aksi di laman sendiri.

Menarik untuk diperkatakan apabila dua bekas pemain muda dari Penang merekodkan jaringan menentang bekas pasukannya dalam dua perlawanan berturut-turut. Ia pasti terasa bagai kaca terhempas ke batu.

Kumaahran memulakan kariernya dengan bermain untuk pasukan Piala Presiden Pulau Pinang (kini Penang) pada musim 2013, sebelum kemudiannya diserapkan ke pasukan Harimau Muda C pada tahun 2014.

Beliau kembali seketika ke Penang selepas skuad Harimau Muda dimansuhkan pada 2015 dan kemudian berhijrah.

Kumaahran pernah menyarung jersi juara Liga Super lapan musim berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk dua musim sebelum dipinjamkan ke Sri Pahang dan Melaka United pada musim 2020 dan 2021. Dan kini beliau bersama PJ City di mana beliau semakin menyerlah seperti ketika di Sri Pahang dan Melaka United.

Jaringannya ke atas Penang tempohari merupakan jaringan ketiganya dalam tujuh penampilan musim ini.

Untuk Faisal pula, beliau kini merupakan nadi penting buat skuad Harimau Malaya terutamanya dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023 tempoh hari. Bintangnya semakin menyinar sejak menyertai skuad Nafuzi Zain.

Bermain bersama pasukan Piala Presiden di usia 17 tahun, bakatnya sudah mula dihidu pengurusan pasukan untuk diberikan penampilan pertama bersama skuad senior pada musim 2015 dalam saingan Piala Malaysia.

Ia adalah penampilan pertama yang pasti diingatinya apabila berjaya meledak gol walaupun Penang tewas 2-3 kepada PDRM di peringkat kumpulan.

Dan pada penghujung tahun itu, Faisal sah meninggalkan pasukan dan menyertai Pahang (kini Sri Pahang).

Kini, beliau sudah dua musim bersama Sang Penyu dan kariernya semakin meningkat naik dan menjadi tonggak penting Terengganu. Dan beliau telah meledak jaringan penting untuk ikat kedudukan di Stadium Bandaraya.

Tentunya penyokong Penang merindui kelibat dua pemain ini yang hanya seketika menabur bakti bersama Harimau Kumbang. Mungkin di masa akan datang, mereka akan kembali ke Pulau Mutiara.

Terdapat beberapa lagi bekas pemain muda mereka yang menyinar bersama pasukan lain umpamanya Syamer Kutty Abba.

Penyokong Penang tentunya mengharapkan bekas pemain mereka tidak terus menjadi duri dalam daging.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN