Dani Carvajal Sifatkan Lionel Messi & Cristiano Ronaldo Adalah 2 Pemain Berbeza

Sudah lama dan masih belum berhenti perdebatan melibatkan siapa yang lebih hebat? Lionel Messi atau Crisitano Ronaldo?

2 pemain tersebut jelas merupakan pasangan pemain yang berlainan fungsinya di atas padang. Namun dek kerana prestasi memukau mereka setiap kali beraksi membuatkan mereka sering dibandingkan.

Perbezaan dalam 2 pemain ini jelas kelihatan di mata pemain Real Madrid – Dani Carvajal.

Menurut laman Mundiario, Carvajal berkata Messi dan Ronaldo tidak dinafikan adalah 2 pemain terbaik di dunia ketika ini namun begitu mereka berdua tidak sesuai untuk dibandingkan.

“Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo adalah 2 pemain yang sukar untuk dibandingkan.”

“Mereka berdua adalah 2 pemain yang terbaik dalam sejarah, tetapi mereka amat berbeza.”

ZURICH, SWITZERLAND – JANUARY 12: FIFA Ballon d’Or nominees Lionel Messi of Argentina and FC Barcelona (L) and Cristiano Ronaldo of Portugal and Real Madrid smile during the FIFA Ballon d’Or Gala 2014 at the Kongresshaus on January 12, 2015 in Zurich, Switzerland. (Photo by Philipp Schmidli/Getty Images)

Menurut Carjaval, Messi lebih kepada pemain yang membentuk bola sepak itu sendiri sementara Ronaldo pula merupakan pemain yang berjuang bermati-matian di atas padang.

“Messi merupakan pemain mencipta lebih banyak bola sepak di atas padang. Beliau mempunyai visi hantaran yang lebih baik dan mencari ruang.”

“Sementara bagi Ronaldo pula, beliau diibaratkan sebagai pemusnah. Beliau berkerja dan berjuang untuk jersi yang beliau sarung.”

Secara mudahnya, Carvajal menyifatkan kedua-dua pemain ini adalah 2 pemain handalan tetapi berbeza kekuatan.

Tambah beliau lagi, pindahnya Ronaldo ke Serie A dengan menyertai Juventus menyaksikan berakhirnya persaingan sengit antara Messi dan beliau di La Liga.

Tetapi bagi Carvajal, kini cabaran untuk mereka adalah bagaimana hendak mengekalkan prestasi hebat mereka di umur 30-an.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN