Julian Nagelsmann Akui Pernah Ditawarkan Menjadi Pengurus Real Madrid

Nagelsmann

Satu masa dahulu, Julian Nagelsmann pernah menggemparkan dunia kerana menjadi pengurus muda di Bundesliga.

Bukan setakat muda, beliau turut membawa pasukan bimbingan beliau ke saingan Eropah sepanjang menjadi pengurus Hoffenheim.

Oleh kerana potensi beliau untuk menjadi pengurus berjaya satu hari nanti itu besar, beliau tidak lari dari diperhatikan oleh kelab besar.

Menurut beliau sendiri, beliau mengakui pernah ditawarkan menjadi pengurus di Real Madrid.

Berdasarkan laporan dari Independent, beliau mendedahkan Real Madrid pernah mendekati beliau untuk dijadikan sebagai calon pengurus menggantikan Zinedine Zidane.

Namun begitu kata Nagelsmann, beliau memilih untuk menolak tawaran tersebut kerana beliau masih lagi muda.

Barangkali, beliau menganggap dirinya masih lagi ‘mentah’ dalam pengurusan bola sepak.

“Saya masih lagi berusia 31 tahun. Saya akan ada peluang untuk itu di masa akan datang.”

“Saya belum mahu untuk meninggalkan Jerman lagi.”

FRANKFURT AM MAIN, GERMANY – APRIL 08: Head coach Julian Nagelsmann of Hoffenheim looks on prior to the Bundesliga match between Eintracht Frankfurt and TSG 1899 Hoffenheim at Commerzbank-Arena on April 8, 2018 in Frankfurt am Main, Germany. (Photo by Alex Grimm/Bongarts/Getty Images)

Walaupun menolak tawaran tersebut, beliau jelas terharu dengan tawaran yang diberikan oleh kelab La Liga itu.

“Real Madrid ada menelefon saya.”

“Tapi siapa nak letak telefon bila mereka panggil? Di bumi ini tiada kelab bola sepak bernama Universe Football Club. Jadi tiada kelab yang lebih besar berbanding Real Madrid.”

Nagelsmann kini tidak lagi menjadi pengurus Hoffenheim kerana beliau telah memilih untuk menjadi pengurus RB Leipzig pada musim baharu Bundesliga kali ini.

Leave a Reply