Dani Alves: Barcelona Tak Ada ‘Telur’ Untuk Akui Kesilapan Lepaskan Saya

Dani Alves

Beliau mungkin sudah lama meninggalkan Barcelona, namun Dani Alves masih lagi tidak boleh melupakan bagaimana dirinya boleh disingkirkan dari kelab itu.

Alves yang merupakan pemain pertahanan kanan Barcelona terutamanya di era kegemilangan Pep Guardiola berkata, bekas kelabnya dianggap terlalu pengecut kerana masih tidak mahu mengakui kesilapan mereka.

Pada hemat beliau, adalah satu kesilapan buat Barcelona kerana melepaskan Alves.

“Sewaktu mereka hendak lepaskan saya, mereka tidak pun berbincang dengan saya.”

“Apabila mereka gagal untuk mendapatkan pengganti, mereka kembali kepada saya menawarkan lanjutan kontrak. Pada saya itu satu penghinaan,” kata Alves kepada RAC1.

Menurut Alves, keputusan beliau ke Juventus adalah untuk menunjukkan kepada Barcelona yang dirinya masih lagi berguna.

Malah jauh disudut hatinya, beliau masih mahu bermain untuk gergasi La Liga itu.

“Saya ke Juventus untuk membuktikan diri saya masih lagi di tahap yang tinggi.”

“Saya tawarkan diri kepada Barcelona untuk kembali secara percuma tanpa perlu keluarkan sebarang yuran perpindahan. Tetapi saya tak rasa mereka ada ‘telur’ untuk akui kesilapan mereka melepaskan saya dahulu.”

Alves turut berkata Barcelona kini sedang ‘melacurkan’ diri mereka sebagai kelab apabila mengubah identiti mereka.

“Pada saya Barcelona kini cuba untuk menjadi pasukan komersial yang membeli dan menjual pemain.”

“Dengan berbuat demikian anda mula kehilangan identiti sebagai kelab, itulah masalah Barcelona sekarang.”

Baca juga artikel kami mengenai Dani Alves:

Bergelar Ejen Bebas, Dani Alves Umum Tinggalkan Paris Saint-Germain

Dani Alves Satu-satunya Pemain PSG Yang Pernah Bermain Sebagai GK, DF, MF dan ST

Dani Alves: Kritikan Pada Piala Dunia 2018 Bakal Jadikan Neymar Pemain Yang Matang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN