Dani Alves Satu-satunya Pemain PSG Yang Pernah Bermain Sebagai GK, DF, MF dan ST

Anda perlu hormat Dani Alves. Pada umur 35 tahun, beliau masih lagi aktif bermain untuk salah sebuah pasukan terbesar di Eropah. Beliau juga merupakan pertahanan kedua paling banyak memenangi trofi di Eropah – kurang satu trofi berbanding Paolo Maldini yang memenangi 10 trofi sepanjang kariernya.

Selain itu, Dani Alves juga memegang rekod unik. Beliau merupakan satu-satunya pemain PSG yang pernah bermain dalam semua posisi di atas padang – sebagai penjaga gol, pertahanan, pemain tengah dan penyerang – dalam sejarah kelab. Tak banyak pemain yang boleh berbangga dengan rekod ini.

Pertahanan

Pada asalnya Dani Alves merupakan pemain sayap (tengah) semasa zaman akar umbi. Tetapi bapanya, Domingos Alves da Silva, petani yang turut meluangkan masa menjadi jurulatih kelab akar umbi di Juazeiro, memindahkannya ke posisi bek kanan selepas mendapati anaknya kurang menjaringkan gol.

Posisi itu terus ‘melekat’ dengan Alves sehingga kini. Mula mencuri perhatian ketika bermain di Sevilla antara tahun 2002 hingga 2008. Persembahan beliau di posisi ini jugalah yang menarik minat Barcelona untuk membeli beliau pada musim panas 2008 dengan harga mahal pada ketika itu, iaitu £30 juta.

Tengah

Seperti yang telah kami beritahu tadi, Alves pada asalnya merupakan pemain sayap kanan ketika kecil. Jadi apabila pengurus PSG, Thomas Tuchel meminta beliau bermain dalam posisi sayap, Alves tiada masalah menunaikan hajat beliau.

Tambahan pula sejak ketibaan bek kanan Belgium, Thomas Meunier pada musim panas 2016, Alves mula mendapati masa bermain beliau semakin terhad. Jadi apabila peluang bermain tiba – walaupun di posisi tengah – Alves tidak melepaskan peluang tersebut untuk menonjolkan keversatilan bakat beliau.

Malah sejak beliau di Barcelona lagi, beliau sudah pernah menampilkan persembahan menakjubkan sebagai pemain sayap kanan. Pep Guardiola sering menggunakan Alves di posisi sayap apabila Barcelona menggunakan sisten 3 pertahanan – terutamanya ketika menentang Atletico Madrid dan Sporting Gijon.

Penyerang

Walaupun ketika bermain sebagai pertahanan, Alves sentiasa gemar menyerang. Menyedari naluri menyerang Alves ini, bekas pengurus PSG, Unai Emery pernah beberapa kali mengarahkan beliau bermain sebagai penyerang!

Paling diingati, Alves pernah bermain sebagai penyerang tengah PSG ketika aksi pusingan 16 terakhir UEFA Champions League 2017/2018 menentang Real Madrid di Bernabeu Stadium. PSG kalah 1-3 dalam perlawanan tersebut.

Penjaga gol

Satu-satunya aksi Alves sebagai penjaga gol menjelma ketika aksi Coupe de France menentang FC Sochaux (Ligue 2) pada musim 2017/2018.

Ketika perlawanan menghampiri wisel penamat, penjaga gol PSG, Kevin Trapp dihukum buang padang oleh pengadil kerana mengasari penyerang lawan. PSG yang pada ketika itu telah membuat 3 pertukaran tidak dapat memasukkan Alphonse Areola. Jadi salah seorang pemain outfield PSG perlu menjadi penjaga gol bidan terjun.

Dani Alves menawarkan dirinya menjadi penjaga gol.

Alves boleh dikira bernasib baik apabila pemain Sochaux mensia-siakan sepakan percuma yang diberikan pengadil dengan merembat terus ke arah benteng pertahanannya. Sejurus selepas itu, wisel penamat ditiupkan. Alves mencipta clean sheet dalam satu-satunya aksi beliau sebagai penjaga gol!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN