Penyerang Kedah, Kpah Sherman kini semakin runsing dengan situasi semasa pasukannya yang sudah lebih tiga bulan tidak menjelaskan bayaran gaji bulanan kepada semua pemain.
Skuad Lang Merah dilaporkan hanya membayar 40% gaji pada bulan Februari dan kemudian terus ‘sepi’ sejak bulan Mac sehingga kini selepas difahamkan kewangan pasukan terjejas ekoran pandemik COVID-19.
Dalam satu temubual bersama The Star, penyerang berusia 28 tahun itu mengakui amat sukar untuk mana-mana individu ‘bertahan’ tanpa sumber kewangan. Malah beliau juga selama ini bertanggungjawab untuk menghantar wang kepada keluarganya di Liberia.
#ICYMI Kerajaan negeri memandang serius isu yang sedang dihadapi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dan akan berusaha membantu persatuan itu terutama dalam soal tunggakan pembayaran gaji barisan pemainnya – Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor pic.twitter.com/53eXtP3iyd
— BERNAMA RADIO (@Bernama_Radio) May 27, 2020
Sebagai pemain yang sanggup berkorban dan memberikan aksi terbaik di atas padang, beliau berharap pihak pengurusan kelab dapat mempertimbangkan untuk segera melunaskan segala gaji yang tertunggak kerana pemain juga mempunyai komitmen yang perlu diselesaikan.
“Sukar untuk saya dan keluarga untuk meneruskan kehidupan tanpa ada sebarang sumber kewangan untuk tempoh yang lama. Kami masih berharap pihak yang bertanggungjawab dapat mencari penyelesaian secepat mungkin.
“Paling tidak pun, bayarlah sebahagian dahulu atau sekurang-kurangnya gaji untuk dua bulan, itu sudah memadai. Kerajaan negeri dan pihak pengurusan mengatakan mereka sedang berusaha kuat untuk mencari penyelesaian, tetapi mereka perlu bekerja lebih keras lagi.
'Tiada Niat Perli Sesiapa' – Azmeer Yusof Jelaskan Tentang Perkongsian Di FB https://t.co/oVKOKSUzyl pic.twitter.com/dXRyLoGj79
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 30, 2020
“Keluarga kami bergantung kepada pendapatan kami. Saya tidak bercadang untuk melaporkan perkara ini kepada FIFA atau Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana saya faham kelab-kelab lain juga berhadapan dengan masalah yang sama.
“Jadi saya harap pasukan besar seperti Kedah akan melakukan sesuatu dalam masa terdekat.”
Sherman yang pernah beraksi dengan pasukan MISC-MIFA dan PKNS FC masih berharap Liga Malaysia (Liga-M) yang akan bersambung tidak lama lagi berjalan dengan lancar sekalipun pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah memendekkan jadual.
“Masih ada tiga bulan lagi untuk menunggu [liga bersambung]. Jadi semua pemain perlu kekalkan fokus mereka. Kita perlu menang sekurang-kurangnya enam daripada tujuh baki perlawanan yang ada untuk terus kekal di liga ini,” katanya lagi.
Perancangan MFL Beri Sinar Baru Pasukan Bertanding https://t.co/NrSNcp55kc pic.twitter.com/pNPKaoeJEr
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 2, 2020
“Memendekkan liga sudah tentu bukan perkara yang tidak disukai oleh semua pasukan. Semua pasukan berpeluang untuk menang dan tersingkir dari Liga Super.”
Kpah juga mengakui tidak banyak pemain yang mampu untuk kembali cergas seperti sediakala selepas tempoh rehat yang panjang. Namun beliau kekal optimis dengan tempoh selama sebulan yang diperuntukkan kepada semua pasukan kembali menjalani latihan sebelum liga kembali bersambung.
Kredit Foto: FA Kedah