Cristiano Ronaldo dilaporkan tidak gembira dengan klausa terbaru dalam kontraknya, yang mana beliau sendiri dengan rela hati bersetuju untuk menerima syarat tersebut pada tahun lalu.
Dan hal tersebut juga menjadi antara sebab mengapa Ronaldo pada ketika ini sedang sangat terdesak mahu meninggalkan Manchester United.
Setahun yang lalu, hampir sebilangan besar para penyokong Manchester United sangat kecewa dengan berita yang mengatakan Ronaldo bakal menyertai Manchester City.
Cristiano Ronaldo remains intent on leaving Manchester United before the transfer window closes, sparked by his furious reaction to a clause in his contract https://t.co/MNzXaSuQQA
— Mirror Football (@MirrorFootball) August 28, 2022
Ada antara mereka yang bertindak membakar jersi Ronaldo dan ada juga antara mereka yang menganggap bintang Portugal itu sebagai pembelot.
Walau bagaimanapun, hanya dengan satu panggilan telefon sahaja, Sir Alex Ferguson berjaya membawa Ronaldo ke Old Trafford dan hal itu menyebabkan para peminat sangat gembira.
Namun begitu, kegembiraan penyokong sepertinya tidak bertahan lama selepas melihat Ronaldo kini dengan terbuka mendedahkan hasratnya mahu meninggalkan kelab.
Peminat turut sedar yang Ronaldo pada ketika ini sangat terdesak mahu meninggalkan kelab, namun memandangkan jendela perpindahan sudah hampir ditutup, sepertinya sukar untuk bintang Portugal itu merealisasikan hasrat beliau.
According to The Sunday Times, Cristiano Ronaldo was unhappy with a pay cut he received due to Manchester United's failure to qualify for the Champions League this season. https://t.co/V8Mh5DcywY
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) August 28, 2022
Sebelum ini terdapat laporan yang menyatakan bahawa Ronaldo mahu meninggalkan kelab kerana beliau mahu beraksi di pentas saingan Champions League.
Terbaru, terdapat laporan berbeza yang menyatakan bahawa Ronaldo mahu meninggalkan kelab kerana ada masalah lain yang membuatkan beliau rasa tak gembira di Old Trafford.
Menurut laporan Duncan Castles yang menulis di The Times, Ronaldo sebenarnya tak gembira dengan klausa pemotongan gaji yang beliau tandatangani pada tahun lalu selepas Man United gagal mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas.
Ronaldo menganggap yang gaji beliau tak sepatutnya dipotong kerana bukan beliau punca mengapa Man United gagal untuk mengakhiri saingan Premier League di kedudukan empat teratas.
Ronaldo percaya yang beliau sudah melakukan yang terbaik dan berusaha sehabis mampu untuk membantu United mendapatkan hasil yang cemerlang.
🔔 | Cristiano Ronaldo unhappy with wage reduction clause he agreed last year https://t.co/7huqPnFZ0o
— SPORTbible News (@SPORTbibleNews) August 28, 2022
Oleh yang demikian beliau tidak menganggap yang kegagalan tersebut berpunca darinya dan gaji beliau tak sepatutnya di potong.
Walau bagaimanapun, Ronaldo sepertinya tak patut untuk mempertikaikan hal itu kerana pihak kelab sudah memberitahu terlebih dahulu yang gajinya akan dipotong andai kelab mengakhiri saingan liga di luar kelompok empat teratas.
Beliau sendiri bahkan sudah bersetuju dengan klausa tersebut sebelum menurunkan tandatangan pada kontraknya bersama kelab pada tahun lalu.
Sama ada Ronaldo suka atau tidak, sepertinya sudah tidak ada jalan untuk beliau pergi meninggalkan kelab pada jendela perpindahan musim panas ini.
Ronaldo wasn't happy about being asked to take a pay cut in the summer…https://t.co/MIsYOmbrWn
— Football365 (@F365) August 28, 2022
Tidak ada kelab yang berminat mahu mendapatkan khidmatnya pada ketika ini dan sepertinya beliau akan terus kekal bersama Man United hingga kontraknya tamat pada penghujung musim nanti.