Piala Sultan Pahang 2022 Angkat Martabat Bola Sepak Sosial

Piala Sultan Pahang 2022

September ini akan menyaksikan sebuah lagi kejohanan yang bakal dianjurkan melibatkan pasukan bola sepak sosial.

Piala Sultan Pahang 2022 (PSP 2022) merupakan kejohanan yang mengumpulkan pasukan-pasukan bola sepak sosial yang terulung di Malaysia bersempena untuk meraikan sambutan Hari Keputeraan Sultan Pahang – Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.

Idea penubuhan kejohanan PSP 2022 ini adalah bertujuan untuk memperkasa sukan bola sepak sebagai budaya hidup dalam kehidupan komuniti.

Selain itu, ia bertujuan untuk mempromosi gaya hidup sihat menerusi sukan nombor satu negara ini.

Untuk edisi sulung ini, sebanyak lapan pasukan bola sepak sosial akan mengambil bahagian dalam kejohanan yang akan diadakan pada 1 hingga 3 September ini. Mereka adalah:

  • Alam Mahkota
  • FC Jerantut
  • Semantan Troopers
  • Yayasan Pahang Maintainance
  • Cyberjaya Teleflow
  • KRU FC
  • Kerteh FC
  • Pasir Pekan FC

Undian bagi aksi awal PSP 2022 juga telah dilakukan dengan empat perlawanan pertama adalah:

  • Semantan Troopers vs Kerteh FC
  • FC Jerantut vs Teleflow Cyberjaya
  • Pasir Pekan FC vs Yayasan Pahang Maintenance
  • Alam Mahkota vs KRU FC

Aksi-aksi PSP 2022 akan diadakan di beberapa lokasi seperti Padang Sintetik MBK serta Padang MBK 2 di Kuantan.

Padang MDP di Pekan serta Stadium Tun Abdul Razak di Jengka juga akan mengadakan perlawanan-perlawanan untuk PSP 2022 ini.

Untuk perlawanan akhir, Stadium Darul Makmur akan menjadi saksi juara sulung PSP 2022 akan dinobatkan.

Aksi perlawanan akhir ini akan disiarkan secara langsung menerusi strim di laman Facebook Balrz.tv .

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN