Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo terus melakarkan rekod peribadi buat karier gemilangnya apabila berjaya melepasi angka jaringan ke-100 di pentas antarabangsa selepas menyumbat dua gol ketika menewaskan Sweden, awal pagi tadi.
Pencapaian hebat itu menjadikannya sebagai pemain kedua yang paling banyak menjaringkan gol buat skuad kebangsaan setelah sebelum ini dilakukan oleh bekas penyerang Iran, Ali Daei.
Dengan 101 gol yang telah dihasilkan bersama skuad Portugal, ini bermakna Ronaldo hanya ketinggalan lapan jaringan sahaja lagi untuk menyamai pencapaian bekas penyerang Bayern Munich dan Hertha BSC itu.
Jaringan yang dihasilkan oleh Ronaldo pada perlawanan di Friends Arena, Sweden ini juga cukup menarik apabila gol ke-100 menjelma menerusi sepakan percuma pada penghujung separuh masa pertama.
100 – Cristiano Ronaldo has scored his 100th goal for Portugal; he’s only the second ever male player to score 100+ for his national side, after Ali Daei for Iran (109). Landmark. pic.twitter.com/ElpBLRrGjQ
— OptaJoe (@OptaJoe) September 8, 2020
Manakala gol kedua peribadinya pada perlawanan tersebut pula terhasil susulan percubaan dari luar kawasan penalti yang gagal dinafikan penjaga gol tuan rumah, Robin Olsen pada minit ke-72.
Nyata kedua-dua jaringan yang dihasilkan pemain bintang berusia 35 tahun itu cukup mengagumkan para peminat bola sepak dunia.
”Saya sangat gembira. Pertamanya, kerana pasukan kami menang, itulah gol yang kami miliki,” ujar Ronaldo menurut laporan Goal.
”Kemudiannya jaringan ke-10 dan seterusnya 101, dengan dua gol, ia membuatkan saya sangat gembira.”
”Pada ketika ini, masa depan hanya untuk Tuhan. Saya merasakan cukup bagus, saya merasa bagus dapat bermain dengan pemain-pemain muda ini.”
Kredit featured image: David Lidstrom/Getty Images
Baca artikel lain dari kami mengenai Ronaldo: