Cristiano Ronaldo Hampir Pasti Tidak Beraksi Lawan Barcelona

Cristiano Ronaldo Juventus Mila Coppa Italia 2020

Sebaik sahaja UEFA mengumumkan keputusan undian peringkat kumpulan UEFA Champions League (UCL) tempoh hari, ramai yang teruja melihat kumpulan G.

Hal ini kerana, Juventus yang diwakili oleh Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi yang bermain untuk Barcelona ditempatkan dalam kumpulan yang sama.

Ramai yang menantikan perlawanan tersebut bakal dilangsungkan apabila dua pemain terbaik dunia bertemu buat kali pertama selepas Ronaldo meninggalkan La Liga, namun begitu ianya seperti tidak akan terjadi.

Hal ini kerana, Ronaldo yang sebelum ini didapati positif dalam ujian saringan Covid-19 buat kali pertama turut mendapatkan hasil yang sama untuk kali kedua.

Menurut MARCA, ujian yang diambil oleh Ronaldo untuk kali kedua itu adalah selepas beliau bertugas untuk pasukan kebangsaan Portugal.

Ketika keputusan saringan yang dikeluarkan pada 13 Oktober itu mendapati pemain itu positif dan perlu keluar dari skuad kebangsaan Portugal untuk menjalani kuarantin.

Ronaldo perlu untuk mendapatkan keputusan negatif dalam ujian saringan kedua dalam masa seminggu sebelum perlawanan menentang Barcelona dan beliau terus didapati positif.

Menurut peraturan UEFA, seseorang pemain yang hendak bermain perlawanan anjuran mereka perlulah diisytihar negatif Covid-19 seminggu sebelum hari perlawanan.

Akan tetapi, Juventus dilihat belum lagi mahu mengalah apabila mahu meminta kebenaran UEFA untuk mengadakan ujian ketiga 48 jam sebelum aksi menentang Barcelona.

Sekiranya ujian itu dijalankan dan Ronaldo didapati negatif, beliau boleh bermain menentang Barcelona.

Baca juga artikel kami mengenai Cristiano Ronaldo:

Cristiano Ronaldo Disahkan Positif COVID-19

Iker Casillas: Cristiano Ronaldo Lebih Mengagumkan Berbanding Messi

Diogo Jota: Hari Tanpa Cristiano Ronaldo Hari Terbaik Saya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN