Wabak Covid-19 kini telah menyebabkan pelbagai negara menyekat perjalanan rakyatnya ke tempat lain merentasi sempadan.
Penularan wabak ini memberikan kesan yang kepada semua sektor termasuklah bola sepak.
Yang paling ketara adalah liga bola sepak ditangguh, dan kini perpindahan pemain pula dijangka akan mengalami nasib yang sama.
Terdahulu, kelab Premier League iaitu Chelsea mengatakan yang mereka sudah berjaya mendapatkan Hakim Ziyech untuk musim hadapan.
Namun begitu menurut Ketua Pegawai Eksekutif Ajax Amsterdam, penularan wabak Covid-19 mungkin akan menyekat perpindahan itu.
“Kami semahunya inginkan liga tamat pada 30 Jun kerana lazimnya pada tarikh itu ramai pemain akan tamat kontrak, begitu juga dengan perjanjiian bersama-sama penaja.”
“Apa yang kami fikir sekarang cumalah mahu tamatkan liga nasional dan juga kejohanan Eropah [mengikut jadual].”
Tambah Van Der Sar, sebuah pasukan khas bakal ditubuhkan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik mengenai situasi ini.
“Pasukan khas akan ditubuhkan untuk mengatasi situasi ini, paling digusarkan adalah seandainya musim bola sepak akan tamat menjangkaui 30 Jun 2020.”
Dari apa yang diperkatakan oleh Van Der Sar ini, perpindahan Ziyech barangkali akan terjadi tetapi mungkin tidak akan mengikut jadual yang dirancang kedua-dua kelab.