Spekulasi mengenai masa depan Philippe Coutinho terus memuncak dengan media British mendakwa pemain tersebut berhasrat untuk meninggalkan Barcelona.
Berita tersebut dikuatkan lagi dengan kenyataan dari Coutinho sendiri selepas tamat perlawanan Copa del Rey dengan menyaksikan beliau tidak menolak kemungkinan untuk berhijrah dan segala perancangan di Barcelona masih belum diketahui.
“Kita tidak akan pernah tahu apa yang akan terjadi di masa depan.” katanya
BARCELONA, SPAIN – JANUARY 30: Philippe Coutinho of FC Barcelona during the Spanish Copa del Rey match between FC Barcelona v Sevilla at the Camp Nou on January 30, 2019 in Barcelona Spain (Photo by Jeroen Meuwsen/Soccrates/Getty Images)
Penghijrahan Coutinho ke Barcelona menjadi berita paling sensasi pembuka tahun 2018 yang lalu, dengan menyaksikan yuran perpindahan sebanyak 160 juta euro(RM769.3 juta) iaitu kontrak ketiga termahal sepanjang zaman.
Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini, Coutinho menghangatkan kembali spekulasi membabitkan masa depannya selepas kecewa dengan Ernesto Valverde yang sering meletakkannya dibangku simpanan pasukan.
Kekal fokus
Coutinho bagaimanapun menegaskan bahawa dirinya enggan untuk terus memikirkan mengenai pelbagai spekulasi menghimpit dirinya pada ketika ini.
Bagi Coutinho, sebagai pemain profesional, menjadi tugasnya untuk terus memberikan fokus kepada prestasi dan membantu Barcelona untuk terus bersaingan dalam saingan La Liga.
“Untuk saat ini saya tidak mahu terlalu memikirkan tentang itu [perpindahan] kerana apa yang ada di kepala saya adalah kekal fokus dan bekerja keras.” jelas Coutinho.
Akan ke Manchester United ?
Sebelum ini, Coutinho dilaporkan berminat untuk kembali ke Premier League dan Manchester United adalah pasukan yang paling ketara menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat beliau.
Menurut laporan dari Manchester Evening News, Barcelona sudah berhubung dengan Man. United bagi membincangkan proses awal perpindahan Coutinho.
Manchester United 'to swap' Philippe Coutinho for Juan Mata in summer transfer window 🤔 #mufc https://t.co/xiC4rwim5H
— Man United News (@ManUtdMEN) January 30, 2019
Pihak Barcelona telah mengenakan beberapa syarat kepada Man. United jika ingin mendapatkan pemain kebangsaan Brazil itu.
Laporan tersebut juga mendedahkan Barcelona telah meletakkan harga awal berjumlah 88 juta poundsterling untuk Coutinho.