MSL2019: PKNS FC Berjaya Ikat Kipre Tchetche Dan Terengganu FC

Kipre Terengganu FC PKNS FC

Berkunjung ke Kuala Terengganu, PKNS FC berjaya mengikat naib johan Piala Malaysia 2018, Terengganu FC dalam perlawanan sulung Liga Super Malaysia (MSL2019) dengan keputusan 1-1.

Perlawanan di babak pertama berlangsung dalam suasana hujan renyai-renyai yang menjejaskan rentak kedua-dua pasukan.

Penjaring terbanyak Piala Malaysia 2018, Kipre Tchetche dilihat gagal meneruskan rentak baik musim lalu apabila dirantai kemas oleh barisan benteng Semut Merah yang berdisiplin tinggi.

Kipre Tchetche yang meledak 21 gol sepanjang musim lalu itu dilihat bergelut untuk melepasi kubu kukuh pelawat yang ditunjangi oleh Rodney Akwensivie dan Nicholas Swirad.

Adakalanya penyerang berusia 31 tahun itu terlepas dari kawalan namun kecemerlangan penjaga gol muda PKNS FC, Zarif Irfan berjaya menafikan beberapa percubaan tepat tuan rumah.

Seawal minit ke-13, Kipre Tchetche telah menguji Zarif Irfan dengan percubaan leret yang berjaya ditepisnya sebelum rembatan Thierry Bin pada minit ke-19 gagal menerjah jaring.

Turun tanpa pemain tengah berpengaruh, Lee Tuck, anak didik Irfan Bakti dilihat bergantung kepada hantaran-hantaran daripada pemain import baharu mereka, Sanjar Shaakhmedov.

Memiliki skil dan hantaran yang baik, Sanjar Shaakhmedov sedikit sebanyak telah berjaya mengucar-kacirkan benteng pelawat.

Penjaga gawang Terengganu FC, Wan Azraie Wan Teh yang jarang beraksi musim lalu juga tampil dengan aksi baik apabila berjaya menafikan tandukan penyerang, Gabriel Guerra pada minit ke-33.

Bersambung babak kedua, giliran Sanjar Shaakhmedov pula dikecewakan dengan aksi cemerlang Zarif Irfan apabila percubaannya di minit ke-48 berjaya dinafikan dengan tepisan.

Akhirnya, pada minit ke-65, pemain kacukan Malaysia-England, Nicholas Swirad berjaya menghadiahkan gol pendahuluan buat pelawat apabila tandukannya berjaya menewaskan Wan Azraie.

Bagaikan tersentak dari lamunan yang panjang, Sang Penyu lantas bangkit memperkemaskan aksi dan rentak permainan.

Beberapa asakan direncana oleh barisan serangan namun mereka masih buntu apabila memasuki ke defensive third PKNS FC.

Usaha berterusan tuan rumah akhirnya berhasil menceriakan ribuan penyokong apabila pemain gantian, Abdul Malik Mat Ariff berjaya meledak gol penyamaan, 2 minit menuju wisel penamat.

Kebangkitan lewat perlawanan untuk memenangi aksi ini yang cuba dijelmakan gagal apabila PKNS FC masih kental bertahan dengan kemasukkan benteng ke-5, Tamirlan Kozubaev.

Keputusan penuh, Terengganu FC 1-1 PKNS FC.

Kesebelasan utama

Terengganu FC: Wan Azraie (PG), Nasrullah Haniff, Igor Zonjic, Adib Aizuddin, Kamal Azizi, Thierry Bin, Sanjar Shaakhmedov, Nasrullah Haniff, Shahrul Aizad, Khairul Izuan, Kipre Tchetche (K).

PKNS FC: Zarif Irfan (PG), Rodney Akwensivie, Nicholas Swirad, Ariff Farhan, Qayyum Marjonni, Romel Morales, Akram Mahinan, Can Vathanaka, Gaby Guerra, Fandi Othman, Faizat Ghazli.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN