Courtois Sudah Beritahu Sarri Beliau Mahu Tinggalkan Chelsea

Penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois sudah memaklumkan kepada Maurizio Sarri bahawa beliau mahu meninggalkan kelab tersebut.

EPSN menyatakan yang sumber tersebut mereka dapat daripada orang yang dekat dengan kelab Chelsea. Courtois dilaporkan tidak hadir pada sesi latihan Isnin, hari beliau sepatutnya melapor diri.

Destinasi yang hangat dikaitkan dengan Courtois pastinya Real Madrid. Beberapa hari lalu, ejen beliau sendiri menyarankan agar Chelsea menjual pemain itu ke Real Madrid kerana Courtois tidak mahu melanjutkan kontrak dengan Chelsea.

Jika tidak, Chelsea tidak akan mendapat sebarang wang daripada pemergian penjaga gol terbaik Piala Dunia 2018 itu. Ejen beliau juga mengesahkan yang ada bidaan daripada Real Madrid di atas meja kelab tersebut.

Chelsea juga dilaporkan sudah menolak beberapa tawaran daripada kelab lain untuk Courtois.

Courtois mahu tinggal berdekatan dengan keluarganya di Madrid. Itu adalah alasan utama beliau mahu berhijrah ke Real Madrid dan peluang itu tiba pada kali ini.

Bercakap kepada media pula, Courtois masih menghormati kontrak beliau dan tidak mahu bercakap akan hal itu.

“Rasanya, saya tiada hak untuk komen lebih-lebih pasal hal ini kerana buat masa ini kami semua sedang menikmati masa-masa dalam proses ini.”

Maurizio Sarri jelas mahukan penjaga gol itu kekal dalam pasukan kerana tiada banyak masa lagi untuk membeli penjaga gol ideal untuk menggantikan Courtois.

MANCHESTER, ENGLAND – FEBRUARY 25: Thibaut Courtois of Chelsea points during the Premier League match between Manchester United and Chelsea at Old Trafford on February 25, 2018 in Manchester, England. (Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Courtois kini dalam tahun akhir kontrak beliau di Chelsea. Sarri juga dikaitkan dengan usaha untuk mendapatkan Pepe Reina yang baru sahaja menyertai Milan.

Namun bekas penjaga gol Liverpool itu menolak kemungkinan akan ke Chelsea. Beliau kini fokus untuk AC Milan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN