Willian: “Hanya Barcelona, Dan Tiada Bidaan Rasmi Man. United”

Willian menyatakan yang Barcelona bersungguh-sungguh mahukan khidmat beliau. Walaupun Jose Mourinho berminat dengan beliau namun tiada bidaan rasmi daripada Manchester United ke atas Willian.

Sekaligus menguatkan lagi spekulasi bahawa Ed Woodward memang tidak bersungguh-sungguh membantu Jose Mourinho dalam jendela perpindahan kali ini untuk mendapatkan pemain yang dimahukan pengurus tersebut.

Chelsea dilaporkan menolak beberapa bidaan untuk Willian daripada Barcelona. Namun begitu, minat Barcelona ke atas Willian mungkin sudah berakhir kerana sudah membeli Malcom daripada Bordeaux.

Bercakap kepada ESPN, Willian berkata:

“Setahu saya, satu-satunya kelab yang membuat bidaan rasmi untuk saya adalah Barcelona.”

Willian menyatakan beliau tidak terdesak untuk ke Barcelona dan gembira untuk terus kekal di Chelsea walaupun berlaku pertukaran pengurus.

“Fikiran saya hanya di sini dan saya bertekad mahu terus berada di kelab ini kecuali mereka yang mahu menjual saya.”

Willian yang baru kembali daripada cuti beliau gembira untuk bekerjasama dengan Maurizio Sarri. Beliau menambah cuti kerana ada masalah dengan urusan pasport beliau.

“Sarri ialah pengurus yang suka ‘bermain bola sepak’. Pengurus yang memiliki falsafah hampir sama dengan Manchester City.”

Sarri

“Pemain-pemain Manchester City mengambil masa beberapa tahun dan kini mereka sangat-sangat memahami gaya permainan Guardiola, dan tahu apa nak dilakukan di dalam padang.”

“Kami baru bekerjasama dengan Sarri. Dalam hari pertama kami sudah melihat apa yang beliau mahukan adalah membentuk permainan daripada pertahanan. Beliau pengurus yang sukakan lebih bola sepak, dan itu sangat penting bagi kami.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN