Gol menarik daripada pemain tengah Sepanyol, Fabian Ruiz memberikan Napoli kemenangan 1-0 ke atas Inter Milan dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Itali di San Siro.
Rembatan lencong dengan kaki kiri pemain berusia 23 tahun itu menewaskan penjaga gol Daniele Padelli pada minit ke-57 hasil dari gerakan satu dua dengan pemain pertahanan kanan Giovanni Di Lorenzo.
Inter yang baru sahaja menang 4-2 ke atas seteru setempat AC Milan pada Ahad lepas seakan-akan ‘hilang tenaga’ dalam perlawanan ini selepas Napoli dilihat lebih banyak mendominasi penguasaan bola sepanjang perlawanan.
🎙 #Gattuso: "Massive credit to the lads but we must play like that all the time"
👉 https://t.co/2jnZsSh5sr💙 #ForzaNapoliSempre pic.twitter.com/tQARfG2Q0Y
— Official SSC Napoli (@en_sscnapoli) February 12, 2020
Seawal minit ke-16, Napoli sudah pun memberi tekanan kepada tuan rumah apabila rembatan Dries Mertens terkena palang dan Padelli sekali lagi diuji dengan percubaan Piotr Zielinski pada penghujung separuh masa pertama.
Namun demikian, Padelli akhirnya tewas dengan rembatan penyudah cantik Ruiz dari luar kotak penalti yang melencong masuk tepat ke penjuru kiri gawang gol Inter.
Menjelang penghujung permainan, Inter cuba untuk mencari gol penyamaan dengan meletakkan lebih ramai pemain di bahagian serangan,
Peluang terbaik adalah menerusi pemain gantian, Danilo D’Ambrosio yang membuat percubaan dari jarak dekat, namun berjaya diselamatkan penjaga gol David Ospina.
🎙 @D_Ospina1: "A crucial win but the tie remains in the balance"
👉🏻 https://t.co/AkXw6C9HQf💙 #ForzaNapoliSempre pic.twitter.com/1ZtZKGUDpi
— Official SSC Napoli (@en_sscnapoli) February 12, 2020
Dengan disiplin pertahanan yang baik, Napoli berjaya mempertahankan gol mereka daripada dibolosi sehingga tamat permainan.
Kedua-dua pasukan akan kembali membuat perhitungan dalam separuh akhir kedua yang dijadualkan pada 5 Mac ini. Satu lagi perlawanan separuh akhir mempertemukan AC Milan dan Juventus pada Khamis. Perlawanan timbal balik pula akan diadakan pada 4 Mac.