Pengurus Chelsea, Antonio Conte berkata beliau bertanggungawab sepenuhnya di atas kekalahan 2-0 Chelsea di tangan Manchester United.
Beliau mengakui United adalah pasukan yang lebih baik di dalam perlawanan tersebut.
Pemain-pemain beliau agak kurang ‘kepercayaan’ kepada diri sendiri untuk mengatasi United yang menekan pasukan mereka sejak minit pertama.
Selepas tamat perlawanan, Conte berkata kepada wartawan:
“Kami tidak bermain baik dan United berhak menang dalam perlawanan ini.”
“Mereka (United) menunjukkan yang mereka ada lebih keinginan, dan lebih motivasi. Dalam kes ini kesalahan itu adalah pada jurulatih. Dan orang itu adalah saya.”
Antonio Conte biasanya sangat bersemangat di tepi padang, namun dalam perlawanan tersebut beliau kelihatan kurang aktif.
“Saya gagal untuk menyuntik fokus, keinginan dan cita-cita untuk menang dalam perlawanan ini kepada pemain-pemain saya.”
Conte juga menyatakan bahawa, pasukan Spurs adalah pasukan terbaik di England buat masa ini berdasarkan prestasi semasa mereka.
Spurs menang dalam kesemua 7 perlawanan liga terakhir mereka. Kekalahan Chelsea telah membuka ruang kepada Spurs untuk merapatkan jurang mata kepada 4 mata.
Namun Spurs menghadapi beberapa perlawanan sukar dalam baki saingan musim ini. Penyokong Chelsea mungkin akan menagih ‘bantuan’ Mourinho dalam perlawanan ke-3 terakhir Spurs musim ini.
Conte mahukan semua pihak di dalam pasukan Chelsea untuk kembali memahami hala tuju dan menanam cita-cita dalam diri mereka jika mahu memenangi liga musim ini.
“Saya agak bimbang kerana kita perlu bekerja bersama-sama dan segera menanam cita-cita yang betul untuk memenangi kejuaraan ini.”
“Jikalau ada seorang menganggap ia adalah perkara biasa untuk Chelsea untuk memenangi gelaran liga, mereka adalah salah!.”
“Kami memulakan liga ini sebagai pasukan bukan pilihan selepas menamatkan liga di tempat ke-10 musim lalu.”
“Tottenham adalah dalam prestasi yang terbaik dan bermain dengan penuh semangat. Kita harus melakukan perkara yang sama.”
Baca juga: FMLLP Ajak Semua Pihak Lupakan Masa Lalu, Fokus Hadapi Masa Hadapan