FMLLP Ajak Semua Pihak Lupakan Masa Lalu, Fokus Hadapi Masa Hadapan

Football Malaysia LLP mengajak agar semua pihak agar melupakan perkara yang telah lalu dan terus maju bergerak ke hadapan.

Menerusi laman Facebook mereka, pihak FMLLP telah mengeluarkan satu kenyataan mengenai situasi yang berlaku ketika perlawanan Piala FA Malaysia tempoh hari melibatkan pasukan Pahang dengan JDT di Kuantan.

Dalam perlawanan itu, Pahang menang 3-1 untuk membawa bekalan 2 gol ke Larkin.

Namun terdapat beberapa kekecohan berlaku apabila penyokong pelawat tidak dibenarkan masuk ke dalam stadium tempoh hari.

Gambar: Pahang FA

Berbaik

Menurut pihak FMLLP, kedua-dua pihak iaitu Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) dan juga Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) telah mula menjernihkan keadaan selepas apa yang berlaku tempoh hari.

Kata mereka, kedua-dua persatuan sedang mula melakukan proses mencari semula persefahaman menerusi surat.

Tujuan dilakukan adalah mencari semula keserasian dan juga melupakan perbezaan yang berlaku di masa lalu.

Utamakan penyokong

Usaha yang dilakukan PBNP dan juga PBNJ telah mendapat reaksi positif dari pihak FMLLP.

Pihak FMLLP telah meminta kedua-dua pasukan untuk memberikan makluman terkini mengenai perkembangan komunikasi antara kedua-dua persatuan kepada pihak FMLLP seawal minggu hadapan.

Di akhir kenyataan, pihak FMLLP mahu kedua-dua pasukan di Malaysia mengutamakan penyokong bola sepak Malaysia dalam apa jua keadaan.

Baca juga: Adakah Pemain Brisbane Roar Ini Bakal Sertai JDT Tak Lama Lagi?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN